Rabu, 18 Ogos 2010

Nasi minyak hujan panas sempoi


Ini menu berbuka hari isnin lepas...nasi minyak version simple dan malas dan nak cepat. Partnerkan dengan kurma daging dgn kentang dan carrot...(lauk2 lain tak sempat masak pasal ziya dah nangis..ehehe). Ini resepi nasi aje yea...kurma masak mcm biasalah :)

Bahan-bahannya:
1. 2 cawan beras basmathi (saya pakai beras sunwhite jer..ni je yg ada kat rumah)
2. 3 cawan air (pandai-pandai adjust air ikut beras masing2 la ek)
3. 1/2 biji bawang besar dihiris
4. 2 ulas bwg putih dihiris
5. 1/2 inchi halia di hiris
6. Kulit kayu manis
7. Bunga cengkih
8. Bunga lawang
9. Buah pelaga
10. 1 kiub ayam
11. Daun pandan
12. 1 sudu minyak sayuran, 1 sudu minyak sapi
12. Pewarna merah, kuning, hijau (saya pakai kuning n hijau jer, merah takde stok)

Cara-caranya:
1. Basuh beras mcm biasa. Masukkan air dan rendam selama 10 minit (saya rendam dlm rice cooker siap2)
2. Sambil tu, panaskan minyak sayur dan minyak sapi. Tumis rempah tumis.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng sampai naik bau.
4. Masukkan tumisan kedalam beras dan kacau bagi sebati
5. Masukkan daun pandan
6. Masukkan kiub ayam (saya pecah2kan dulu bagi jadi serbuk)
7. Masak nasi macam biasa
8. Bila nasi dah kering, titikkan pewarna di tempat2 berlainan
9. Bila nasi dah masak, gembur2kan nasi utk dapat nasi kaler2 :)

4 ulasan:

  1. aku selalu nak tau mcm mana buat nasi kaler2...
    hehehhehe..thanx azni

    BalasPadam
  2. ha aku pun dok tertanya2 gak.. cenni ghopanya. thanx jugak la azni... hihihiii. tp tempah tumis tu rempah apa beb??

    BalasPadam
  3. puan azni,hang pun buat nasik minyak ngan kurma ka??hahaha..sama la kita weh.tp aku x tau la pulak ada blog ni.kalo dak buleh tiru sikit2 versi aku campuq versi hang.mesti meletop nasi minyak aku.hihihi..

    BalasPadam
  4. ahahah aku punya resepi ni nasi myk mcm org bujang ja weii...express tadak bersusu2 bagai..

    ieta.. aku tatau la hat segala kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih ngan pelaga tu org panngil apa.. tu la aku bantai tulis rempah tumis pasal aku malas nak type eeheh..

    shepah...hang punya nasi myk mesti superb..post resepi cepat..aku dah kata aku punya nasi myk ialah ambik nasi campug myk eheheh...

    BalasPadam