Rabu, 24 November 2010

kerabu daging hantam sajalah!

sempena aidiladha yg lepas, surely korang ada dpt byk daging2 korban kan. as for me MIL kasi memandangkan kami berempat baru ja buat korban last year. so aku amik kesempatan utk buat kerabu daging. di suatu ptg pikiaq2 nk masak apa kan, so menjadik la jugak setelah aku hantam2 sajalah dgn bantuan cik suriati shaari nih. thanx su!

k, ni bahan2 binaannya! eh, bahan masakannya. sila potong sume nipis2 n kuantiti ikut sesedap rasa aaa.... sbbnya utk serving me hubby n damia, kami mmg giler kerabu so buat byk pun tak pa. licin-cuci-calat!



bawang besar, serai, cili padi, tomato, bungan kantan, daun selom dan limau nipis.
daging lak rebus kasi lebut hiris nipis2. owh ya puan2.... ada lagi havoc guna daging mentah sahaja. ini betoi, bukan main2 or perli2 yer. sbbnya mama aku pun ada bgtau dia pernah jumpa resepi yg guna daging mentah. so sesiapa nk cuba boleh juga. :)
aku guna kerisik jenis basah sbb ada yg suka kerisik kelapa kering ja, tk perlu tumbuk. terpulang. boleh gak nk ubah2. sedap jugak! :)



masukkan sume bahan2 tadi ke dalam mangkuk. gaul rata2, taruk garam secukup rasa. if mau pedas or lebih masam pandai2 la korang tmbah cili n limau nipis yer.
last but not least...... air rebusan daging tadi jgn dibuang, kasi siram sikit dlm mangkuk mau ada rasa manis2 daging and baru kaw! nyum! nyum! nyum!.....



siap! rasanya aku nk buat lagi dan lagi dan lagi lepas nih. sbbnya en. edi kata "tak sesia byr hantaran mahai2...." selalu centukan dia. indirect complimentary breakfast voucher betoi!! :)


Khamis, 11 November 2010

gulai lemak labu


wah...julung2 kalinya aku nak share resepi kat sini hehehehehehe...tuh pon pasai aku tengok laki aku makan dengan berselera sungguh....seperti yang sedia maklum....aku cuma pandai makan , masak kurang pandai hehehehehe...kita tengok dulu bahan2nya ok...

Bahan-bahan

1/2 labu sederhana dipotong(bite size orang putih kata hehehehe)
Tumbuk ----->1 ulas bawang putih, 6 ulas bawang merah ,sehiris halia dan sehiris kunyit hidup
Ikan bilis secukup rasa
Cilipadi 7 tangkai dibelah 2(kalau nak lebih pedas tumbuk)
Santan dan garam secukup rasa
Air

Cara-cara memasak

Panaskan minyak
Goreng ikan bilis sampai separuh garing
Goreng bahan yang ditumbuk sampai naik bau
Masukkan labu dan air(air bubuh sampai labu tu tenggelam)
Bila labu dah agak2 empuk , masukkan santan dan garam secukup rasa
Biarkan mendidih beberapa minit
Tutup api dan hidangkan

Kalau tak sedap salahkan bangau sebab dia kurus sangat hehehehehehehe :p


Selasa, 12 Oktober 2010

Blueberry Cheese Tart

Aloo fwens..actually nk wat sepak mula utk blog ni,tp xdk idea n bahan so aku copy paste ja ni org nya resepi tempek kt sini..actually aku tgh cr resepi tart ni dok ingat nk try wat psl favourite anak sulong aku tu si Irfan...so bila dh tepek kt sini senang la skit nak cari nnti ....so leh kita share2 gk...


Resepi untuk pastri manis

Bahan-bahan:

125gm mentega
63gm gula icing
250gm tepung gandum
1 kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air


Cara membuatnya:


ayak tepung dan campurkan gula ke dalam mangkuk campuran.
campurkan mentega ke dalam tepung dan uli hingga membentuk crumbs kasar.

tambahkan kuning telur, esen vanila dan air.
bentukkan dalam acuan dan bolehlah dibakar sehingga masak.
sejukkan sebelum digunakan.

Resepi untuk inti cheese:

Bahan-bahan:

250 gm krim keju (cream cheese)
20gm mentega
60gm gula halus
1 biji telur

Cara membuatnya:


pukul krim keju, mentega dan gula sehingga kembang, tambah telur dan pukul sehingga sebati.
tuang adunan ke dalam kulit tat pastri yang sudah masak (resepi ni kata inti adalah cukup untuk 11 hingga 12 kulit tat pastri tapi cik mas buat semalam boleh dapat sampai 24 biji)
letakkan sedikit jem blueberry atas cheese tu dan bolehlah dicorak-corakkan ikut suka.
bakar pada suhu 180 darjah C selama 10 minit.

Selasa, 14 September 2010

Shepherd Pie

Sori la geng kalau korang boring dgn menu western, tapi mcm aku kata, aku tak reti sgt msk melayu..hehehe *blush blush* And masakan yg aku share usually yg anak aku suka makan...this is another one, termat simple bagi para ibu yg malas, boleh beli whipped potato KFC tanpa gravy yg saiz large tu dlm 2-3 kotak, ikut saiz mangkuk korang nak buat la, sbb topping pie ni ada potato. Kalau rajin buat sendiri, either beli yg segera jual dlm kotak balik umah bancuh tu, or else beli kentang mai sini aku share resepi...hehehe

Base kat dalam:
250g daging/ayam cincang
1/2 tin kacang peas atau 1 cawan mixed veggies
1/2 tin cendawan butang

Ada 2 base sos, ikut taste korang nak black pepper or tomato. My family lg prefer tomato-based (kami Italiano...muahahha). Kalau nak buat tomato-based, ikut cara masak spagetti bolognese jer. Kalau black pepper, ikut cara di bawah:

Ready bahan:
2 ulas bawang putih dimayang
1/2 biji bawang besar dimayang
2 sudu besar sos tiram
2 sus besar sos lada hitam
Sedikit minyak zaitun
1/2 kiub pati lembu/ayam (optional)
Sedikit garam secukup rasa

1. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang2, kemudian goreng daging/ayam hingga agak masak, pastikan hancur tidak berketul2 sebelum dimasukkan sos2
2. Masukkan sayuran dan kiub pati lembu/ayam, kemudian gaul hingga semua rata dan masak
3. Masukkan dalam mangkuk casserole dan set aside

Topping potato:
5-6 biji potato russet dibasuh dan direbus dengan kulit
Sedikit susu sejat, boleh juga guna fresh milk atau susu UHT
Garam dan pepper secukup rasa
1 sudu teh serbuk parsley (optional)
Mozarella cheese atau apa2 cheese utk tabur atas

1. Selepas kentang masak, kupas dan masukkan dlm blender atau food processor bersama2 sedikit susu, garam, pepper dan serbuk parsley
2. Mesin semuanya hingga siap, rupanya patut macam whipped potato KFC, jgn cair sgt
3. Cedok dan ratakan atas base tadi. Kalau nak cantik, lepas ratakan boleh guna garfu dan scratch kasi bergaris2 *grin* Tabur cheese ikut suka hati, suka banyak letak banyak, suka sikit letak sikit
4. Bakar dalam 20 minit dengan api sederhana, tapi kalau jenis oven kuat, nampak cheese bertukar brown cepat2 angkat sebab takut hangus cheese. If not, bakar dulu without cheese dlm 15 minit then baru tabur cheese dan bakar semula 10 minit lagi

Macaroni Gratin

This is also my family's favourite specially Nisa. Actually benda ni mcm macaroni and cheese just macaroni tu ada perasa tomato mcm spagetti tu...baru semlm buat utk Nisa, very simple dan senang sbb just one-dish dinner, kalau buat nasi kena buat lauk plak kan? (Dasar mama yg malas) So bleh cuba utk anak2 kengkawan...yang penting kena ada mangkuk casserole atau apa2 yg bleh tahan oven...

Macaroninya:
300g macaroni (elbow shape), boleh jugak guna bentuk spiral or lain2 if preferred
1 tin tuna flakes (boleh guna mince beef or chicken)
1 tin sos spagetti tomato
5-6 biji cendawan butang dipotong 4
1 batang carrot dipotong dadu
Sedikit broccoli, agak2 sama byk dgn cendawan bila dipotong
1 batang celery dipotong dadu or bite-size
Serbuk black pepper, thyme, rosemary, basil, parsley dan oregano (kalau ada daun fresh lg better)
* Kalau buat style seafood marinara which is guna tuna, boleh ditambah 4-5 ekor udang saiz sederhana dipotong 3 supaya jadi mcm dadu. Kalau guna beef or chicken just maintain as bolognese
Sedikit minyak zaitun

Cara memasak:
1. Rebus macaroni ikut instruction dekat peket. Tips merebus macaroni atau apa2 jenis spagetti ka, panaskan air hingga mendidih dulu baru masukkan benda ni, jgn rebus sekali air sejuk sampai air panas, just extra info in case...
2. Bila dah masak, angkat dan ketepikan
3. Panaskan minyak zaitun. Pastikan anda buang dulu air/minyak tuna dlm tin tu, just masak tuna saja. Masukkan tuna or daging/ayam, goreng sebentar sebelum masukkan sos spagetti, kacau lagi
masukkan semua sayuran hingga carrot agak masak, masukkan macaroni and lastly masukkan udang
4. Lepas kacau, masukkan rempah2 di atas, secubit setiap jenis. Biarkan merenih kemudian angkat dan masukkan dlm mangkuk casserole. Set aside, so sekarang beralih kepada topping gratin

Topping:
3 sudu besar butter
1 kotak whip cream, kalau taknak pun takpe, just pakai 3/4 kotak fresh milk
1/4 kotak fresh milk (kalau nak pakai whip cream, if not ikut sukatan di atas)
Mozarella cheese utk tabur atas
1 sudu besar serbuk parsley
1/2 kiub pati ayam
4 sudu besar tepung gandum dicampur dlm 1 cawan air, jgn biar berketul (tips - guna air panas/suam)
Sedikit garam dan pepper secukup rasa

Cara memasak:
1. Panaskan butter hingga cair kemudian masukkan susu dan whip cream, gaul rata
2. Masukkan serbuk parsley, kiub ayam, garam dan pepper. Gaul lagi
3. Masukkan air bancuhan tepung tadi sedikit demi sedikit, gaul hingga pekat, agak2 mcm bubur oat tu
4. Jika rasa kurang masin, boleh tambah either sedikit lg garam or kiub ayam

Bila topping dah masak, cedok dan ratakan di atas macaroni tadi. Akhir sekali, taburkan mozarella cheese dan kemudia bakar di dlm oven hingga cheese cair dan bertukar warna coklat, agak2 rupa mcm gambar. Selalunya lebih kurang 10-15mins. Kalau takde mozarella, boleh pakai keju keping2 kraft ke cheesedale tu tapi potong panjang2 then susun kasi rata atas gratin ni. Bila masak, kuarkan dan sejukkan kejap sbb benda ni mmg panas gila, boleh terbakar lidah especially budak2. Tapi jangan sejuk gila, nanti kurang best...hehehe

Usually I cooked this dalam bekas besar then cedok sket2 masuk pinggan, makan satu family mmg asyik sbb benda panas2. Happy cooking for the family!

Sup Salmon Mahaiiiii

Ini diaaaa...resepi yg ditunggu2 oleh Pn Suhana kita...hehehe...apsai aku namakan resepi ni mahai? Sbb mahai sungguh nak dpt dr tuan punya badan (my hubby) so last2 aku terpaksa kontek mak angkat kami kat Japan, dialah tok guru my hubby yg ajar buat sup ni. Kalau nak buat sup ni, the best kalau bleh dapatkan part yg tulang2 dan lemak tu, biasanya kalau kat Jusco or Carrefour depa dah siap peketkan juai murah ja sbb benda ni dibuang, but actually dr sini la rasa manis sup akan naik, but kalau takdak takpa, beli ja yg part isi or else buat kepala dia mmg mmmphh punya...hehehe


Bahan dipotong dadu/bite-size:
2 slice ikan salmon
1/2 batang lobak putih
4 helai kobis cina
1 kotak tofu lembut
1 batang carrot
1 bungkus cendawan enoki
2 batang daun bawang jepun atau dipanggil negi

Gula dan garam secukup rasa

Bahan rahsia spesel my hubby is serbuk pati ikan yg dipanggil 'dashi'. Ni actually mcm pati ikan yg Maggie ke Knorr tu la just kat mesia kita guna ikan bilis but kat jepun diorg guna ikan tongkol. Rasa mmg lain so no wonder la selama ni saya buat tak jadik, until dpt tau hubby pakai serbuk ikan ni rupanya...don't worry, takde alcohol ke sumber haiwan, mmg pati ikan jer mcm kita pakai kiub/serbuk pati ikan bilis or sos nampla siam tu jer...rupanya gini, stakat ni jumpa kat Jusco...


Or else korang bleh buat sendiri dgn beli peket di atas ni dipanggil konbu, amik secekak and rebus dlm 1-2 cawan air. Flake ni actually flake ikan jugak, no worries...aku pun tak makan kalau tak halal *grin*

Anyway, cara memasak:
1. Rebus lobak putih dan carrot hingga hampir masak dan lembut
2. Kemudian masukkan dashi tadi, kalau pakai air konbu, masukkan secawan, kalau pakai serbuk letak dalam 2 sudu kecil, boleh ditambah bila dah nak abis masak nanti in case suka rasa yg lebih kuat or masin
3. Kacau sup dan masukkan kesemua bahan lain bersama2 gula dan garam, kecuali tofu
4. Bila enoki dan salmon nampak dah masak, baru masukkan tofu, sebab tofu ni jenis lembut so akan pecah kalau masak lama
5. Biar mendidih sikit lagi kemudian ready to be served

Boleh dimakan begitu saja but kena kasi isi2 dalam tu lebih sket, baik utk kesihatan since just ikan dan sayur kan...or else makan dgn nasi ala2 banjir (nasi sikit kuah penuh mcm moi sup tu). My kids love this!

Isnin, 13 September 2010

Cream Stew

Bagi sesaper yg suka makan spagetti carbonara or makanan yg creamy, you'll be hooked to this *grin*
Masakan ni actually berasal dr Hokkaido Japan, dimakan time winter sebab panas2...macam makan sup ekor time hujan la kot...hehehe...Jugak utk menggalakkan budak2 makan sayur sbb budak2 sure suka creamy soup ni, my little girl mmg suka sgt, even my hubby yg tak suka makan anything creamy or cheesy pun addicted kat benda ni, so here goes...

3 sudu besar butter
Sedikit tepung gandum
1/2 kotak kecil whip cream
1/2 kotak fresh milk (boleh pakai low-fat if preferred)
3 sudu besar cream cheese
Garam, pepper, serbuk basil, serbuk parsley secukup rasa

2 biji besar green onion
1 batang celery (ni yg jenis besar tu, daun sup pun celery gak but dipanggil chinese celery)
2 biji kentang US jenis russet coz jenis ni lembut gebu bila dimasak
1 batang carrot
1 broccoli (sorry taktau nak panggil se-apa...sepokok?sejambak?)
1/2 tin button mushroom (potong 2)
300g fillet ayam or boneless chicken
Semua sayuran dan ayam dipotong dadu, kalau boleh sama saiz and bite-size

1. Panaskan butter dan goreng green onion hingga lembik (ambil masa jugak nak buat ni) kemudian masukkan celery, garam, serbuk rempah mentioned above, ayam, kentang dan carrot. Gaul dan goreng sehingga ayam masak dan angkat semua bahan, tinggalkan pati sayuran+ayam tadi, campurkan dalam setengah cawan air
2. Masukkan susu dan whip cream, kacau hingga agak mendidih. Kemudian masukkan tepung gandum sebagai pemekat, ikut suka nak masukkan banyak mana, ikut tahap pekat yg korang nak. Kalau korang suka stew ni betul2 creamy, masukkan ajer sekotak whip cream instead of setengah kotak *grin* Gunakan pemukul telur utk keep on kacau stew ni supaya tepung tak berketul2
3. Bila dah agak pekat (stew ni patut texture macam mushroom sup pekatnya), masukkan semula bahan yg digoreng dan diangkat tadi hingga kentang dan carrot empuk, kemudian masukkan broccoli dan mushroom. Boleh tambah sedikit garam jika perlu. Akhir sekali masukkan cream cheese dan bila dah cair dalam stew, the stew is ready to be served :)

Memang agak colorful stew ni sbb background dia putih but 'isi'nya oren (carrot), hijau (broccoli), kuning (kentang) dan sedikit brownish (ayam and mushroom). Best dimakan panas2 di waktu malam, hari hujan mmg asyiqqqq la!