Memaparkan catatan dengan label ietafakyra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ietafakyra. Papar semua catatan

Khamis, 18 Ogos 2011

menu2 "sahur & berbuka" special! *propa*


heheheee... guys. sorry lama tk update bab2 masak ni. aku tk masuk dapur dh hampir 5bulan. jgn ditanya kenapa. ekekkeee... ok sempena bulan ramadhan yg mulia ni, aku pulak tk leh puasa. maka menu utk bersahur & berbuka special utk wanita dlm pantang adalah seperti dibawah ok.

nasi daun lemuni & nasi daun inai.
1) cara membuatnya sama, cuma tukar daun saja iaitu inai or lemuni.
2) sukat beras dan cuci bersih.
3) daun inai or daun lemuni dicuci, dimesin halus dgn air sukatan utk memasak beras tadi (i.e beras 1 cawan, air guna 2 cawan)
4) hiris halia, bawang putih, bawang merah, serai dan simpulkan daun pandan, masukkan dalam beras yg sudah dicuci tadi.
5) tuangkan kisaran daun inai / daun lemuni tadi ke dalam periuk berisi beras dan awas2nya.
6) letak garam sedikit, kemudian tanak nasi seperti biasa.
p/s no santan2 ok!
.

beras bersama awas2nya & kisaran daun

nasi daun inai
.
nasi daun lemuni
.
kerabu pegaga & kerabu daun cemumaq.
7) cuci daun bersih2, hiris nipis2.
8) cili merah, bawang besar, halia, serai dimesin halus.
9) campurkan daun dan bahan kisaran, gaulkan dgn air asam jawa. garam secukup rasa.
p/s nak campur kedua-dua daun pun ok jugak. or boleh buat satu jenis sahaja.
.

kerabu pegaga & kerabu cemumaq
.
sambal ikan kering talang
10) ikan kering talang digoreng terlebih dahulu.
11) sediakan sambal menggunakan cili merah atau cili kering yg sudah ditumis bersama bawang2, halia dan serai.
p/s jgn makan sambal byk2. sekadar cuit2 utk perisa sahaja. kalau luka dalaman pedih, saya tkmo bertanggungjawab tau. :D


Khamis, 24 Februari 2011

Kue cara de' pizza

saya nak makan kueh cara berlauk. tapi sy tadak loyang bunga2. so sy transform kepada bentuk yg mudah disediakan. rasa sama, tp sila pejam mata bila nk makan supaya boleh bayangkan rupanya yg berlekuk2 lonjong gitu. kekekekeke....
.

.
sediakan bahan2 utk inti dulu :
1) 100grm daging cincang
2) bawang besar, kentang dipotong dadu
3) 1sudu besar rempah kari daging utk menumis
4) daun sup dan cili merah dihiris halus
.
cara : tumis bahan 1, 2 & 3 sampai naik bau, perlahan api, biarkan sehingga ubi kentang empuk dan inti menjadi hampir kering. oppss! garam kasi taruk skit yerrrr....
masukkan bahan 4 kacau biar sebati dan letak ditepi yer.
.
sediakan badan "kue cara" :
tepung gandum, sebiji telur
gaulkan tepung gandum bersama sedikit kunyit sebagai pewarna, dan daun pandan sebagai penaik bau. letak garam secukup rasa. sediakan adunan tepung seperti nak buat lempeng (tak pekat, tak cair)
masukkan sebiji telur dan gaul sehingga sebati.
.
.
ratakan bancuhan tepung di dalam pinggang kaca, taburkan inti yg telah digoreng tadi di atas adunan tepung. bakar dlm microwave selama 15mins...
.

tadaaaaaaaaaaaaaaa..... SIAP!. bleh mamam. bismillah yer. ;)

Rabu, 24 November 2010

kerabu daging hantam sajalah!

sempena aidiladha yg lepas, surely korang ada dpt byk daging2 korban kan. as for me MIL kasi memandangkan kami berempat baru ja buat korban last year. so aku amik kesempatan utk buat kerabu daging. di suatu ptg pikiaq2 nk masak apa kan, so menjadik la jugak setelah aku hantam2 sajalah dgn bantuan cik suriati shaari nih. thanx su!

k, ni bahan2 binaannya! eh, bahan masakannya. sila potong sume nipis2 n kuantiti ikut sesedap rasa aaa.... sbbnya utk serving me hubby n damia, kami mmg giler kerabu so buat byk pun tak pa. licin-cuci-calat!



bawang besar, serai, cili padi, tomato, bungan kantan, daun selom dan limau nipis.
daging lak rebus kasi lebut hiris nipis2. owh ya puan2.... ada lagi havoc guna daging mentah sahaja. ini betoi, bukan main2 or perli2 yer. sbbnya mama aku pun ada bgtau dia pernah jumpa resepi yg guna daging mentah. so sesiapa nk cuba boleh juga. :)
aku guna kerisik jenis basah sbb ada yg suka kerisik kelapa kering ja, tk perlu tumbuk. terpulang. boleh gak nk ubah2. sedap jugak! :)



masukkan sume bahan2 tadi ke dalam mangkuk. gaul rata2, taruk garam secukup rasa. if mau pedas or lebih masam pandai2 la korang tmbah cili n limau nipis yer.
last but not least...... air rebusan daging tadi jgn dibuang, kasi siram sikit dlm mangkuk mau ada rasa manis2 daging and baru kaw! nyum! nyum! nyum!.....



siap! rasanya aku nk buat lagi dan lagi dan lagi lepas nih. sbbnya en. edi kata "tak sesia byr hantaran mahai2...." selalu centukan dia. indirect complimentary breakfast voucher betoi!! :)


Rabu, 25 Ogos 2010

kerapu cili bergosip.

vavavava.... glam kan nama dia! hahahahaa, bukan apa... time aku tengah masak ikan ni sempat bergayut tepon ngan mama aku and bergosip pasal seseorang, tup tup ja dah siap. terer seh!! :P
ok, senang jer masak ikan nih. korang sume pandai2 masak kan... so lihat details seperti di bawah okeh.

bahan2 :

* ikan kerapu saiz sederhana
* cili kering dimesin halus
* halia dirincik halus
* bawang putih dihiris halus
* bawang besar dipotong dadu
* serai dihiris nipis
* air asam jawa, garam, gula secukup rasa
* daun sup sbg hiasan
*kalo korang nak mesin sume sekali pun ok gak, tp aku prefer ada crunchy2 skit bila makan sambal dia sbb tu potong2 halus lagi best... rajin la konon! :)

cara2 :

* memula lepas siang and cuci ikan, goreng garing... deep fried lagi bagus!
* tumis cili mesin, halia, bawang2 and serai sampai naik aroma wangi... pergh! tak tahan....
* agak2 nak garing masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
* biar cili masak beberapa ketika utk elak sakit perut yer!
* siap!! curah ke atas ikan, taburkan daun sup sikit kasi vogue pada kaler merah cili itu! dan dihidangkan dgn nasi panas serta lauk2 lain yg bersesuaian seperti di bawah.


sedap wehhh! aku regukan dgn kacang buncis + carrot goreng sos tiram, ayam goreng bodo :), ulam daun salom, terung bakar cicah sambal belacan. terangkat!
tempoh siap semua menu ini 1jam 10minit. pheeww!! selamat mencuba yaaaa...