Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan

Selasa, 14 September 2010

Sup Salmon Mahaiiiii

Ini diaaaa...resepi yg ditunggu2 oleh Pn Suhana kita...hehehe...apsai aku namakan resepi ni mahai? Sbb mahai sungguh nak dpt dr tuan punya badan (my hubby) so last2 aku terpaksa kontek mak angkat kami kat Japan, dialah tok guru my hubby yg ajar buat sup ni. Kalau nak buat sup ni, the best kalau bleh dapatkan part yg tulang2 dan lemak tu, biasanya kalau kat Jusco or Carrefour depa dah siap peketkan juai murah ja sbb benda ni dibuang, but actually dr sini la rasa manis sup akan naik, but kalau takdak takpa, beli ja yg part isi or else buat kepala dia mmg mmmphh punya...hehehe


Bahan dipotong dadu/bite-size:
2 slice ikan salmon
1/2 batang lobak putih
4 helai kobis cina
1 kotak tofu lembut
1 batang carrot
1 bungkus cendawan enoki
2 batang daun bawang jepun atau dipanggil negi

Gula dan garam secukup rasa

Bahan rahsia spesel my hubby is serbuk pati ikan yg dipanggil 'dashi'. Ni actually mcm pati ikan yg Maggie ke Knorr tu la just kat mesia kita guna ikan bilis but kat jepun diorg guna ikan tongkol. Rasa mmg lain so no wonder la selama ni saya buat tak jadik, until dpt tau hubby pakai serbuk ikan ni rupanya...don't worry, takde alcohol ke sumber haiwan, mmg pati ikan jer mcm kita pakai kiub/serbuk pati ikan bilis or sos nampla siam tu jer...rupanya gini, stakat ni jumpa kat Jusco...


Or else korang bleh buat sendiri dgn beli peket di atas ni dipanggil konbu, amik secekak and rebus dlm 1-2 cawan air. Flake ni actually flake ikan jugak, no worries...aku pun tak makan kalau tak halal *grin*

Anyway, cara memasak:
1. Rebus lobak putih dan carrot hingga hampir masak dan lembut
2. Kemudian masukkan dashi tadi, kalau pakai air konbu, masukkan secawan, kalau pakai serbuk letak dalam 2 sudu kecil, boleh ditambah bila dah nak abis masak nanti in case suka rasa yg lebih kuat or masin
3. Kacau sup dan masukkan kesemua bahan lain bersama2 gula dan garam, kecuali tofu
4. Bila enoki dan salmon nampak dah masak, baru masukkan tofu, sebab tofu ni jenis lembut so akan pecah kalau masak lama
5. Biar mendidih sikit lagi kemudian ready to be served

Boleh dimakan begitu saja but kena kasi isi2 dalam tu lebih sket, baik utk kesihatan since just ikan dan sayur kan...or else makan dgn nasi ala2 banjir (nasi sikit kuah penuh mcm moi sup tu). My kids love this!

Isnin, 13 September 2010

Cream Stew

Bagi sesaper yg suka makan spagetti carbonara or makanan yg creamy, you'll be hooked to this *grin*
Masakan ni actually berasal dr Hokkaido Japan, dimakan time winter sebab panas2...macam makan sup ekor time hujan la kot...hehehe...Jugak utk menggalakkan budak2 makan sayur sbb budak2 sure suka creamy soup ni, my little girl mmg suka sgt, even my hubby yg tak suka makan anything creamy or cheesy pun addicted kat benda ni, so here goes...

3 sudu besar butter
Sedikit tepung gandum
1/2 kotak kecil whip cream
1/2 kotak fresh milk (boleh pakai low-fat if preferred)
3 sudu besar cream cheese
Garam, pepper, serbuk basil, serbuk parsley secukup rasa

2 biji besar green onion
1 batang celery (ni yg jenis besar tu, daun sup pun celery gak but dipanggil chinese celery)
2 biji kentang US jenis russet coz jenis ni lembut gebu bila dimasak
1 batang carrot
1 broccoli (sorry taktau nak panggil se-apa...sepokok?sejambak?)
1/2 tin button mushroom (potong 2)
300g fillet ayam or boneless chicken
Semua sayuran dan ayam dipotong dadu, kalau boleh sama saiz and bite-size

1. Panaskan butter dan goreng green onion hingga lembik (ambil masa jugak nak buat ni) kemudian masukkan celery, garam, serbuk rempah mentioned above, ayam, kentang dan carrot. Gaul dan goreng sehingga ayam masak dan angkat semua bahan, tinggalkan pati sayuran+ayam tadi, campurkan dalam setengah cawan air
2. Masukkan susu dan whip cream, kacau hingga agak mendidih. Kemudian masukkan tepung gandum sebagai pemekat, ikut suka nak masukkan banyak mana, ikut tahap pekat yg korang nak. Kalau korang suka stew ni betul2 creamy, masukkan ajer sekotak whip cream instead of setengah kotak *grin* Gunakan pemukul telur utk keep on kacau stew ni supaya tepung tak berketul2
3. Bila dah agak pekat (stew ni patut texture macam mushroom sup pekatnya), masukkan semula bahan yg digoreng dan diangkat tadi hingga kentang dan carrot empuk, kemudian masukkan broccoli dan mushroom. Boleh tambah sedikit garam jika perlu. Akhir sekali masukkan cream cheese dan bila dah cair dalam stew, the stew is ready to be served :)

Memang agak colorful stew ni sbb background dia putih but 'isi'nya oren (carrot), hijau (broccoli), kuning (kentang) dan sedikit brownish (ayam and mushroom). Best dimakan panas2 di waktu malam, hari hujan mmg asyiqqqq la!