Memaparkan catatan dengan label kerabu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerabu. Papar semua catatan

Khamis, 18 Ogos 2011

menu2 "sahur & berbuka" special! *propa*


heheheee... guys. sorry lama tk update bab2 masak ni. aku tk masuk dapur dh hampir 5bulan. jgn ditanya kenapa. ekekkeee... ok sempena bulan ramadhan yg mulia ni, aku pulak tk leh puasa. maka menu utk bersahur & berbuka special utk wanita dlm pantang adalah seperti dibawah ok.

nasi daun lemuni & nasi daun inai.
1) cara membuatnya sama, cuma tukar daun saja iaitu inai or lemuni.
2) sukat beras dan cuci bersih.
3) daun inai or daun lemuni dicuci, dimesin halus dgn air sukatan utk memasak beras tadi (i.e beras 1 cawan, air guna 2 cawan)
4) hiris halia, bawang putih, bawang merah, serai dan simpulkan daun pandan, masukkan dalam beras yg sudah dicuci tadi.
5) tuangkan kisaran daun inai / daun lemuni tadi ke dalam periuk berisi beras dan awas2nya.
6) letak garam sedikit, kemudian tanak nasi seperti biasa.
p/s no santan2 ok!
.

beras bersama awas2nya & kisaran daun

nasi daun inai
.
nasi daun lemuni
.
kerabu pegaga & kerabu daun cemumaq.
7) cuci daun bersih2, hiris nipis2.
8) cili merah, bawang besar, halia, serai dimesin halus.
9) campurkan daun dan bahan kisaran, gaulkan dgn air asam jawa. garam secukup rasa.
p/s nak campur kedua-dua daun pun ok jugak. or boleh buat satu jenis sahaja.
.

kerabu pegaga & kerabu cemumaq
.
sambal ikan kering talang
10) ikan kering talang digoreng terlebih dahulu.
11) sediakan sambal menggunakan cili merah atau cili kering yg sudah ditumis bersama bawang2, halia dan serai.
p/s jgn makan sambal byk2. sekadar cuit2 utk perisa sahaja. kalau luka dalaman pedih, saya tkmo bertanggungjawab tau. :D


Rabu, 24 November 2010

kerabu daging hantam sajalah!

sempena aidiladha yg lepas, surely korang ada dpt byk daging2 korban kan. as for me MIL kasi memandangkan kami berempat baru ja buat korban last year. so aku amik kesempatan utk buat kerabu daging. di suatu ptg pikiaq2 nk masak apa kan, so menjadik la jugak setelah aku hantam2 sajalah dgn bantuan cik suriati shaari nih. thanx su!

k, ni bahan2 binaannya! eh, bahan masakannya. sila potong sume nipis2 n kuantiti ikut sesedap rasa aaa.... sbbnya utk serving me hubby n damia, kami mmg giler kerabu so buat byk pun tak pa. licin-cuci-calat!



bawang besar, serai, cili padi, tomato, bungan kantan, daun selom dan limau nipis.
daging lak rebus kasi lebut hiris nipis2. owh ya puan2.... ada lagi havoc guna daging mentah sahaja. ini betoi, bukan main2 or perli2 yer. sbbnya mama aku pun ada bgtau dia pernah jumpa resepi yg guna daging mentah. so sesiapa nk cuba boleh juga. :)
aku guna kerisik jenis basah sbb ada yg suka kerisik kelapa kering ja, tk perlu tumbuk. terpulang. boleh gak nk ubah2. sedap jugak! :)



masukkan sume bahan2 tadi ke dalam mangkuk. gaul rata2, taruk garam secukup rasa. if mau pedas or lebih masam pandai2 la korang tmbah cili n limau nipis yer.
last but not least...... air rebusan daging tadi jgn dibuang, kasi siram sikit dlm mangkuk mau ada rasa manis2 daging and baru kaw! nyum! nyum! nyum!.....



siap! rasanya aku nk buat lagi dan lagi dan lagi lepas nih. sbbnya en. edi kata "tak sesia byr hantaran mahai2...." selalu centukan dia. indirect complimentary breakfast voucher betoi!! :)


Ahad, 15 Ogos 2010

Kerabu Kaki Ayam

Atas request kengkawan..aku masukkan resepi nih..
simple je....tapi sorry gambaq takde...memang sekali hadap je habis...

Bahan2 : kaki ayam (direbus sampai lembut dan dibuang tulang kasar)..
lepas tu hiris kasar2..jgn halus2 tak sedap nanti...masa rebus letak ahh garam sikit..

Bahan kerabu : bawang merah (dimayang halus)
bunga kantan (dimayang halus)
serai (dihiris nipis2)
cili padi (potong ikut kesukaan jgn halus sangat ahhh)..
sos ikan
sos tiram sket je...
perahan air limau nipis...
daun rempah...

cara membuatnya...

masukkan semua bahan kerabu..gaul sekali ngan kaki ayam..lepas tu tambah gula dan garam ikut sesedap rasa...masuk dalam fridge...bila sejuk2 sket baru sedap....

Selamat mencuba....