Rabu, 23 Mac 2011

Curry mee


Kebetulan baru masak mee ni time celebrate birthday.. so blh la share2 resepi dgn kawan2...
Bahan-bahan Kering
Mee kuning ~ Fish Ball & Fish Cake ~ Tauhu Kering ~ Daun bawang, cili merah (hiasan) ~ Taugeh ~ kacang panjang
Bahan-bahan Kuah
2 bungkus rempah kari + 2 labu bawang besar + 3 ulas bawang putih ~ dimesin
4 Serangkai utk menumis ~ bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga
Ayam dipotong kecil (kuantiti ikut citarasa)
Kerang direbus (kuantiti ikut suka)
Segenggam ikan bilis + 5 batang serai ~ dimesin dan ditapis airnya
Santan
Asam keping + garam + minyak masak
Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis 4 serangkai hingga wangi.
2. Masukkan rempah yang telah dimesin td. kacau hingga sebati & tambah air. Biarkan seketika.
3. Masukkan ayam dan kerang biarkan seketika hingga naik minyak.
4. Masukkan air tapisan serai & ikan bilis td. kemudian masukkan santan. Masukkan tauhu kering yang dipotong 4.
5. Tambahkan 2 keping asam keping serta garam mengikut citasa sendiri.
6. Biarkan sehingga mendidih.
Kemudian sediakan mee pula....
7. Celurkan mee dan toskan.
8. Potong kecil2 fish cake, fish ball dan celurkan serta tos.
9. Taugeh & kacang dicelur....
10. Boleh dihidangkan selepas itu.......
~ SELAMAT MENCUBA ~