Rabu, 25 Ogos 2010

kerapu cili bergosip.

vavavava.... glam kan nama dia! hahahahaa, bukan apa... time aku tengah masak ikan ni sempat bergayut tepon ngan mama aku and bergosip pasal seseorang, tup tup ja dah siap. terer seh!! :P
ok, senang jer masak ikan nih. korang sume pandai2 masak kan... so lihat details seperti di bawah okeh.

bahan2 :

* ikan kerapu saiz sederhana
* cili kering dimesin halus
* halia dirincik halus
* bawang putih dihiris halus
* bawang besar dipotong dadu
* serai dihiris nipis
* air asam jawa, garam, gula secukup rasa
* daun sup sbg hiasan
*kalo korang nak mesin sume sekali pun ok gak, tp aku prefer ada crunchy2 skit bila makan sambal dia sbb tu potong2 halus lagi best... rajin la konon! :)

cara2 :

* memula lepas siang and cuci ikan, goreng garing... deep fried lagi bagus!
* tumis cili mesin, halia, bawang2 and serai sampai naik aroma wangi... pergh! tak tahan....
* agak2 nak garing masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
* biar cili masak beberapa ketika utk elak sakit perut yer!
* siap!! curah ke atas ikan, taburkan daun sup sikit kasi vogue pada kaler merah cili itu! dan dihidangkan dgn nasi panas serta lauk2 lain yg bersesuaian seperti di bawah.


sedap wehhh! aku regukan dgn kacang buncis + carrot goreng sos tiram, ayam goreng bodo :), ulam daun salom, terung bakar cicah sambal belacan. terangkat!
tempoh siap semua menu ini 1jam 10minit. pheeww!! selamat mencuba yaaaa...


Ahad, 22 Ogos 2010

Siakap Steam

Hari ni nak tulis resepi salah satu menu buka puasa saya petang semalam iaitu ikan siakap steam. Walaupun tak sesedap di kedai-kedai makan tapi masak sendiri lebih menyihatkan sebab tak letak ajinomoto.





Bahan-bahan:

~ Seekor ikan siakap (dibuang sisik dan dicuci sebersih-bersihnya)
~ Halia sebesar 1 or 1.5 cm (dihiris nipis2, kalau terlebih banyak nanti ikan rasa pahit)
~ Sebatang serai (diketuk)
~ Bawang putih (dihiris)
~ Bawang besar (dihiris)
~ Sayuran: carrot, bunga kobis, tomato (Untuk sayur-sayuran ni ikut citarasa sendiri rasa nak letak apa)
~ Sedikit bancuhan tepung jagung
~ Perahan limau (kalau dikedai diaorang guna jeruk limau)
~ 5-6 titik cuka (optional)
~ Sos tiram (optional)
~ Hirisan daun bawang dan daun sup untuk hiasan dan aroma


Cara memasak:

1. Ikan yang telah dibersihkan diletakkan ke dalam bekas untuk disteamkan.
2. Tabur hirisan2 sayuran(kecuali tomato) di atas dan keling ikan, halia dan juga serai.
3. Tabur sedikit lada sulah. Kalau yang suka rasa lebih pedas boleh aja letak cili padi.
4. Taburkan juga garam. Kalau nak lagi lebih rasa lumur pada ikan.
5. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung*
6. Masukkan perahan limau (Ikut citarasa suka lebih masam atau tidak)
6. Titikkan 5-6 titik cuka dan sedikit sos tiram (optional)
7. Kukus sampai ikan masak (dlm 20-30 min bergantung pada saiz ikan)
8. Bila ikan dah masak cepat2 letak tomato, taburkan hiasan daun bawang, daun sup dan tutup kembali tudung steamer. Makanan sedia dihidangkan bila masuk waktu azan.


* Kalau cuma menggunakan fish fillet saya lebih suka guna minyak bijan instead of tepung jagung. Macam kat Chinese Restaurant lak rasa eh...

Sabtu, 21 Ogos 2010

Gulai Lengkuas

Resepi gulai lengkuas ni sama ja kaedah memasak masak lemak cili padi, x perlu menumis. Kalau ikut istilah Kedah orang kata "jerang naik." Resepi ni terkenal di Kelantan dan saya suka masak gulai ni sementelah bapak kitew adalah orang Kelate! Ok, bahan-bahan yang tertera di bawah adalah untuk 2 orang makan sahaja iaitu saya dan hubby. -_-





Bahan-bahan:

2-3 ketul isi ikan tongkol (In my case I guna isi ikan tenggiri sbb kurang gemar ikan tongkol tapi orang Kelantan memang selalu guna ikan tongkol)
2 ulas bawang merah
2-3 sudu cili mesin
2.5 cm lengkuas
Santan (kuantiti ikut la agak2 nak makan berapa orang)
Garam secukup rasa
1-2 keping asam keping
Sedikit kunyit untuk mencantikkan warna gulai (Lagi best kalau guna kunyit hidup yang ditumbuk)


Cara Memasak:

1) Tumbuk bawang merah dan lengkuas sampai lumat. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan cili mesin ke dalam santan dan masak dengan api yang sederhana. Oh...kunyit dan asam keping jangan lupa ya.

2) Sentiasa kacau santan agar tidak pecah minyak.

3) Bila santan dah mendidih masukkan isi ikan.

4) Kemudian masukkan garam.

5) Agak2 dah masak, tutup api. Ok siap.


Gulai lengkuas ni biasanya family saya makan dengan nasi dagang...perghhh sedapnya nasi dagang. Selamat mencuba ya Asmarians!

Rabu, 18 Ogos 2010

Nasi minyak hujan panas sempoi


Ini menu berbuka hari isnin lepas...nasi minyak version simple dan malas dan nak cepat. Partnerkan dengan kurma daging dgn kentang dan carrot...(lauk2 lain tak sempat masak pasal ziya dah nangis..ehehe). Ini resepi nasi aje yea...kurma masak mcm biasalah :)

Bahan-bahannya:
1. 2 cawan beras basmathi (saya pakai beras sunwhite jer..ni je yg ada kat rumah)
2. 3 cawan air (pandai-pandai adjust air ikut beras masing2 la ek)
3. 1/2 biji bawang besar dihiris
4. 2 ulas bwg putih dihiris
5. 1/2 inchi halia di hiris
6. Kulit kayu manis
7. Bunga cengkih
8. Bunga lawang
9. Buah pelaga
10. 1 kiub ayam
11. Daun pandan
12. 1 sudu minyak sayuran, 1 sudu minyak sapi
12. Pewarna merah, kuning, hijau (saya pakai kuning n hijau jer, merah takde stok)

Cara-caranya:
1. Basuh beras mcm biasa. Masukkan air dan rendam selama 10 minit (saya rendam dlm rice cooker siap2)
2. Sambil tu, panaskan minyak sayur dan minyak sapi. Tumis rempah tumis.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng sampai naik bau.
4. Masukkan tumisan kedalam beras dan kacau bagi sebati
5. Masukkan daun pandan
6. Masukkan kiub ayam (saya pecah2kan dulu bagi jadi serbuk)
7. Masak nasi macam biasa
8. Bila nasi dah kering, titikkan pewarna di tempat2 berlainan
9. Bila nasi dah masak, gembur2kan nasi utk dapat nasi kaler2 :)

Selasa, 17 Ogos 2010

Nasi goreng Chap Chap Choi..........

Jom tgk resepi saya untuk menu berbuka hari ke-7

Nasi Goreng Chap Chap Choi
(nasi goreng seorang isteri yang malas nak masak)
just menggunakan apa yang ada dalam fridge je...

Bahan-bahannya :
  1. Nasi of coz lah kann
  2. Ikan bilis (digoreng sehingga garing dan asingkan)
  3. Telur (buat scramble dan asingkan juga)
  4. Carrot (dipotong dedadu)
  5. kacang buncis (dipotong menyerong small size)
  6. daun bawang (dipotong sedang2)

Bahan Tumisan :

  1. bawang besar
  2. bawang Merah
  3. bawang putih
  4. belacan sedikit
  5. cili api (suka pedas kalu letak banyak2)
  6. Cili mesin (2 sudu)...
  7. Kicap manis
  8. gula dan garam secukup rasa

Bahan 1-5 ditumbuk dan gaulkan sekali ngan bahan 6...kemudian tumiskan dalam kuali dengan kuantiti minyak yang sedikit sudaaaa....lepas bahan tumisan dan masak dan pecah minyak..masukkan carrot dan kacang buncis kacau sampai masak....masukkan sedikit kicap gula dan garam..kacau rata...kemudian masukkan nasi yang telah direlaikan...kacau bagi sebati dengan bahan2 tumisan..agak2 dah sebati masukkan ikan bilis goreng telur goreng dan kacau rata...last sekali masukkan daun bawang....sedia untuk dihidangkan...10 minit je u'ols....

SELAMAT MENCUBA

Isnin, 16 Ogos 2010

Sosej Bun

Resepi yang diambil dr Chef Hanielieza..... saya suka bun ni... mmg sedap.. anak2 pun suka.. kos x mahai.... 1 adunan blh dpt dalam 15 biji lebih la.... pics di atas ialah lebihan doh disebabkan x cukupnya sosej.... so saya bulat2kan dan bakar....jd lah bun kosong... :)

Bahan A
500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
70 gm gula
1 paket ibu roti [11 gm]
1 s/k pelembut roti [optional]
1 biji telur
1/2 s/k garam

Bahan B

250 ml air
80 gm majerin

Bahan C

sosej
bijan
kuning telur
majerin

Cara
1. Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A.
2. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.

3. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [ anggaran 10 minit].
4. Bahagikan adunan pada 60 gm setiap dan buatkan bulat2. Ketepikan.
5. Ambil 1 doh dan gelek supaya menjadi panjang (macam kopok lekor) dan lilitkan dikeliling sosej
6. Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.
7. Sapukan dengan kuning telur dan taburkan sedikit bijan.

8. Bakar dalam suhu 200'C selama 20 -25 minit atau sehingga kuning keemasan.
9. Keluarkan dan sapukan majerin untuk kelihatan berkilat dan menarik.

10. Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak.


~ S E L A M A T M E N C U B A ~

Ahad, 15 Ogos 2010

Kerabu Kaki Ayam

Atas request kengkawan..aku masukkan resepi nih..
simple je....tapi sorry gambaq takde...memang sekali hadap je habis...

Bahan2 : kaki ayam (direbus sampai lembut dan dibuang tulang kasar)..
lepas tu hiris kasar2..jgn halus2 tak sedap nanti...masa rebus letak ahh garam sikit..

Bahan kerabu : bawang merah (dimayang halus)
bunga kantan (dimayang halus)
serai (dihiris nipis2)
cili padi (potong ikut kesukaan jgn halus sangat ahhh)..
sos ikan
sos tiram sket je...
perahan air limau nipis...
daun rempah...

cara membuatnya...

masukkan semua bahan kerabu..gaul sekali ngan kaki ayam..lepas tu tambah gula dan garam ikut sesedap rasa...masuk dalam fridge...bila sejuk2 sket baru sedap....

Selamat mencuba....

Sabtu, 14 Ogos 2010

Nasi Ayam Maqhlubah

Resepi ni aku dpt daripada salah seorang tauke cupcakes yang terkenal.(kredit to kak Rani)..aku dah try dah buat nasik ni..hampa semua bleh cuba lah..cuma tak dan nak amik gambaq ja...lapaq sesangat..teruih lupa

Bahan tumis
minyak @ minyak sapi
kulit kayu manis
bunya lawang
bunga cengkih
buah pelaga
halia dimayang
bwg besaq dimayang
bwg putih dimayang
-tumis semua bahan ni hingga naik bau....

rempah kari daging
rempah kurma
serbuk jintan putih
serbuk lada hitam
sup bunjut
kiub ayam
sos cili
sos tomato
sos tiram
garam secukup rasa
ayam
-masuk semua bahan ni selepas semua bahan tadi wangi...masak semua rempah2 ni sehingga betul2 masak..then baru masukkan sos cili dan soso tomato, then ayam...kemudian masukkan air. kuah rempah ni akan dimasakkan bersama nasi nanti...

kentang
terung
bunga kobis
bwg besaq potong bulat
minyak
-dipotong kasar dan semua bahan ni digoreng, agak2 layu then angkat.

beras dicuci dan ditoskan
ambil periuk nasik, masukkan beras, lapis dgn ayam dan sayur2 yang digoreng tadi..buat lapisan demilapisan, selang seli, then tuang kuah ayam berempah tadi, masak la nasik tu...bila dah masak MESTI TERBALIK KAN.... so bole makan dgn ayaq asam atau acar mentah...


AYAQ ASAM
tomato
cabai melaka
cabai hidup
bawang besaq
-semua bahan dipotong nipis

asam jawa
belacan
air
garam


nasik ni tak payah makan ngn lauk2 lain dah..cukup ngn ayaq asam..perghh..memang sedap

Telur Dadar Special

Nampak mcm telur dadar biasa kan... tapi tak..yg ni special skit ya kawan2....jom tgk cara2.....

Bahan A
~ Isi udang (buang kulit)
~ Air

Bahan B
~ Telur
~ Kacang panjang
~ Carrot
~ Bawang besar
~ Cili Besar
~ Sedikit garam

Cara-cara
~ Bahan A diblender terlebih dahulu
~ Bahan B digaul rata..
~ Campu bahan A dan B dan gaul rata.
~ Goreng telur ini seperti telur dadar biasa di dalam kuali atau pan.
~ Kuantiti ikut citarasa masing2....

~ S E L A M A T M E N C U B A ~

Banana Oat Muffins



Bahan-bahan:

1. 1 1/2 cawan tepung (all purpose flour)

2. 1 cawan oat (aku pakai yg instant)

3. 1/2 cawan gula

4. 2 sudu teh baking powder

5. 1/2 sudu teh garam

6. 1 biji telur

7. 3/4 cawan susu (aku pakai susu segar)

8. 1/4 cawan minyak sayur2an (akau pakai minyak mazola jer)

9. 1/2 sudu teh esen vanilla

10. 1 cawan pisang (mashed)



Cara-cara:

1. Campur tepung, oat, gula, baking powder dan garam

2. Dlm mangkuk besar, pukul telur perlahan (aku pukul pakai garfu jer). Masukkan susu, minyak and esen vanilla. Masukkan pisang dan kacau rata

3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam campuran pisang dan kacau sampai sebati.

4. Line acuan muffin dgn cawan kertas untuk muffin. Masukkan adunan dlm 3/4 cawan

5. Bakar pada suhu 205 deg C (preheated) selama 20 min atau sehingga masak

Jumaat, 13 Ogos 2010

Sambal Terung Ikan Bilis


Bahan-Bahan :
Terung Panjang
Ikan Bilis
Bawang Besar (untuk menumis)
Sos Tomato
Kicap Manis
Garam dan Gula

Bahan Kisar :
Cili Kering
Bawang besar
Bawang Merah
Seikit Belacan

Cara Memasak :
1) Terung dipotong serong dan digoreng sedikit...asingkan sebelah..then goreng ikan bilis pulak asingkan..
2) dengan minyak yang sama tumis bawang besar..
3) masukkan bahan tumisan, masak sampai pecah minyak.
4) masukkan sos tomato (pegganti asam jawa) kalau nak buh asam jawa pun takde masalah..
5) masukkan kicap...garam dan gula secukup rasa...
masukkan terung n ikan bilis gaul rata...

SEDIA UNTUK HIDANGAN .... sangat mudah semudah ABC...wink wink

Khamis, 12 Ogos 2010

ayam masak lemak cili api

bahan2
ayam, serai, cabai melaka, bawang merah, bawang putih, santan, kunyit, asam keping (asam gelugoq)

cara2
1. ayam yang dah siap dibasuh dengan cucinya, digoreng dengan sedikit minyak...sikit sangat...just bagi ayam tu ala2 masak manja2....dalam dua sudu minyak pun dah okay...
2. cabai melaka, kunyit, bawang merah (lima ulas) dan bawang putih (2 ulas), diblender, kalau tak dak blender, tumbuk bagi lumat....
3. masukkan ayam dan bahan2 yang dibelender tadi, asam keping, dan serai, panaskan biar sampai mendidih dan sebati...barulah masukkan santan.
4. ni option, kalau nak tambah ubi kentang pun boleh...bila dah empuk, hidangan telah sedia di makan....

*Peringatan- sapa yang suka pedas, bolehla letak banyak cabai melaka aka cili api tue....kalau tak berapa suka pedas, kurangkan la bilangannya, dan kalau pakai cabai burung jangan la letak banyak2...kot berasap....selamat mencuba kengkawan...

Agar-agar Oreo










Bahan-bahannya:
1. 1/2 pack agar-agar strip (boleh juga pakai instant jelly powder)
2. 2-3 cawan air (cawan aku 200ml)
3. Oreo crumb (remove cream)- qty terpulang
4. 5-6 sudu besar gula
5. 2 cawan fresh milk
6. 2 sudu besar choco powder (aku pakai vochelle psl itu je yg ada kat umah)-bancuh dgn air suam dlm 2 sudu besar


Cara-caranya:
1. Masak agar-agar dgn air
2. Masukkan gula
3. Masukkan oreo crumb dgn susu segar
4. Masukkan choco powder
5. Kacau dan angkat dari api
6. Masukkan dlm acuan jeli yg comel2 atau masuk je dlm loyang besag
7. Sejukkan dulu dan baru masuk dalam fridge
8. Sedia untuk dihidangkan



















































































masak asam ikan talang

bahan-bahan
ikan talang masam atau masin part isi, dipotong empat segi pun okay...
cabai hidup, cabai melaka, bawang besaq
minyak, ayaq asam jawa

cara-cara...
goreng ikan talang bagi garing dan angkat
minyak tu leh recycle, goreng bawang besaq, cabai hidup dan cabai melaka sampai naik bau...lepas tu masuk kan ayaq asam jawa...dah mendidih, masuk kan ikan talang yang dah digoreng...
agak2 dah sebati...kasi angkat, kasi hidang panas2....ni sesuai nak bangkitkan selera masa nak bersahur ni...okayss.....

selamat mencobaa....

Rabu, 11 Ogos 2010






Bargedil Daging
( 3-4 pax )


Bahan A

1- Daging lembu kisar ( 1 paket )
2- 1 labu bawang besar ( dipotong dadu )
kentang 3 biji ( direbus then dilecek make sure tak berketul )

Bahan B

1 biji limau kasturi
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil perencah Cukup Rasa
1/4 sudu kecik garam halus
1 tangkai daun ketumbar
2 tangkai daun sup

Bahan C

1 biji telur ( ambil putihnya shj then pukui skit telo tu sampai naik buih )
sedikit serbuk Fried Chicken ( untuk coating )
*cili padi n cili merah ( optional ) kalu nak lebih pedas - perlu dicincang halus

Cara memasak

Bahan2 A - 1&2 perlu digoreng hingga hilang warna merah darah daging , then letak dlm mangkuk adunan . Gaulkan dgn kentang lecek n bersama kesemua bhn B . Then buat bentuk bebola , celupkan dlm telur putih ( dlm 1 - 2 saat jgn lama nti benyai ) , then golekkan dlm serbuk Fried Chicken Nona . Sebelum grg penyekkan sedikit then goreng dlm minyak panas . Api Sederhana . Dalam 2 - 3 minit dah masak golden brown . Siap dihidang

















Mee Sup Jadd's Corner ...... ( wakakakaka )

mula2 skali sorry no sapa yg tak lalu mmg akan kata kembang tekak , but once u taste it mmg superb !!! cewah ... maksud aku yg superb tu kaki ayam ler ....




Cara2nya :-

Rebus kaki ayam ( yang telah siap dicuci bersih ) bersama ....
1 inci kulit kayu manis
1 labu bawang besar ( dihiris halus )
6 ulas bawang putih( diketuk sahaja )
1 inci halia ( diketuk shj )
3 biji bunga lawang
1 sudu kecil perencah cukup rasa
1 sudu kecil lada sulah ( optional )
1 bijik limau kasturi ( ambil jus shj )
sedikit daun ketumbar n daun sup ( dihiris halus ) ditabur bila nak dihidang

*yang lain2 tu apa yg ada dlm peti ais boleh dicelur @ rebus so fully utilised la. kentang rebus tu lebihan drpd buat bergedil . Resepi bargedil akan menyusul nti ....
















Selasa, 10 Ogos 2010

Sotong Pulut a.k.a Ketupat Sotong

Sotong Pulut resepi turun temurun keluarga di Pahang.. masakan Pantai Timur....copy & paste dr blog sebenar saya..

RESEPINYA

Bahan A

~ Beras pulut ~ Sedikit Halba

Bahan B (kuah)

~ Sotong ~ Santan ~ Garam ~ Hirisan Halia ~ Hirisan Bawang Merah ~ Secubit halba ~ Garam secukup rasa
(Masukkan semua bahan B ke dalam periuk masak)

~ Lidi untuk mencucuk

CARA-CARA
1. Asingkan kepala sotong dan badan, cuci dan toskan
2. Msukkan 3/4 beras pulut kedalam badan sotong
3. Masukkan kepala sotong dan cucukkan lidi.4. Ulang langkah 2-3 hingga habis.
5. Masukkan semua sotong kedalam adunan Bahan B (dalam periuk)
6. Rebus sehingga masak (hampir kering)
7. Hidangkan bersama sos cili.

Sebelum direbus
Semasa merebus

Sedia untuk dimakan

~ SELAMAT MENCUBA SEMUA KAWAN-KAWAN ~

Ayam Masak "Cetti"

Resepi ni saya perolehi dari blog salah seorang rakan..
Sangat mudah dan sesuai disediakan untuk bersahur..
since tidak berkuah sangat dan rasanya boleh menghilangkan kantuk mata..

RESEPINYA :
Ayam perlu digoreng terlebih dahulu hingga masak kemudian ditoskan minyaknya.

Bahan A : Tumisan
Seinci halia, 3 ulas bawang putih (Ditumbuk)
Daun Kari (untuk membangkitkan bau)

Bahan B : Rencah
Satu sudu besar serbuk kari ikan (ikut resepi asal dua sudu..tapi saya kurangkan sebab tak nak rasa kari sangat)
Dua sudu besar cili mesin (saya guna yang dimesin dengan bawang merah tanpa belacan)
Sos Tomato
Kicap
Garam dan Gula Secukup Rasa..
Bawang besar dipotong bulat

Cara menyediakannya :
Tumis Bahan A sehingga garing...kemudian masukkan cili mesin...kacau hingga pecah minyak..
dan masukkan serbuk kari ikan...biarkan masak sedikit...kemudian masukkan sos tomato dan kicap..
(mengikut citarasa masing-masing)...campurkan sedikit air jika terlalu pekat...
biarkan masak dan sedikit kering masukkan ayam gaul sebati..
sebelum menutup api..masukkan bawang besar yang dipotong bulat...

Ready To Serve for Sahur...*wink wink*....selamat mencuba kengkawan



Bismillahirrahmanirrahim.......

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....
saya dengan ini merasmikan ONLINE COOK BOOK hasil cetusan idea rakan2 asmarians...
yang bakal menjadi medan untuk kita berkongsi resepi....
semoga dengan adanya online cook book ini akan mendekatkan lagi ukhuwah antara kita..
meskipun terpisah dek kerana tuntutan tugas....

So to all asmarians...jom kita mula share resepi...kepada sape2 yang berminat nak jadi penyumbang juga..
sila emelkan saya emel anda semua ye untuk proses registration.... (suhana.mutalib@gmail.com)
Ayuh kita berkongsi ilmu masakan.....