Sabtu, 21 Ogos 2010

Gulai Lengkuas

Resepi gulai lengkuas ni sama ja kaedah memasak masak lemak cili padi, x perlu menumis. Kalau ikut istilah Kedah orang kata "jerang naik." Resepi ni terkenal di Kelantan dan saya suka masak gulai ni sementelah bapak kitew adalah orang Kelate! Ok, bahan-bahan yang tertera di bawah adalah untuk 2 orang makan sahaja iaitu saya dan hubby. -_-





Bahan-bahan:

2-3 ketul isi ikan tongkol (In my case I guna isi ikan tenggiri sbb kurang gemar ikan tongkol tapi orang Kelantan memang selalu guna ikan tongkol)
2 ulas bawang merah
2-3 sudu cili mesin
2.5 cm lengkuas
Santan (kuantiti ikut la agak2 nak makan berapa orang)
Garam secukup rasa
1-2 keping asam keping
Sedikit kunyit untuk mencantikkan warna gulai (Lagi best kalau guna kunyit hidup yang ditumbuk)


Cara Memasak:

1) Tumbuk bawang merah dan lengkuas sampai lumat. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan cili mesin ke dalam santan dan masak dengan api yang sederhana. Oh...kunyit dan asam keping jangan lupa ya.

2) Sentiasa kacau santan agar tidak pecah minyak.

3) Bila santan dah mendidih masukkan isi ikan.

4) Kemudian masukkan garam.

5) Agak2 dah masak, tutup api. Ok siap.


Gulai lengkuas ni biasanya family saya makan dengan nasi dagang...perghhh sedapnya nasi dagang. Selamat mencuba ya Asmarians!

4 ulasan:

  1. sedap2...hang ada darah kelantan rupanya..awat aku baru tau..hahahahahha

    BalasPadam
  2. wah2.. mai dh kwnku ini...
    sone aku pun sama keturun itew... huhuh

    oo jgn disebug nasi dagang......... mmg mantops la... sedap bangat.....kecoq ayaq liuq....

    BalasPadam
  3. Sone: Hang baru tau sebab masa sekolah dulu aku tak pernah cerita kat hang kata aku berdarah Kelantan. Kalau tak aku tak gila nasi dagang la.

    Sue: At last ada gak aku sumbangkan resepi noh..Baru hang dok sebut2 hari tu.

    BalasPadam
  4. aku pun suka nasi dagang walaupun tadak kaitan ngan pantai timug...ehehe kalau dah hobi makan tu apa pun telan ehehe..

    BalasPadam