Memaparkan catatan dengan label sotong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sotong. Papar semua catatan

Selasa, 10 Ogos 2010

Sotong Pulut a.k.a Ketupat Sotong

Sotong Pulut resepi turun temurun keluarga di Pahang.. masakan Pantai Timur....copy & paste dr blog sebenar saya..

RESEPINYA

Bahan A

~ Beras pulut ~ Sedikit Halba

Bahan B (kuah)

~ Sotong ~ Santan ~ Garam ~ Hirisan Halia ~ Hirisan Bawang Merah ~ Secubit halba ~ Garam secukup rasa
(Masukkan semua bahan B ke dalam periuk masak)

~ Lidi untuk mencucuk

CARA-CARA
1. Asingkan kepala sotong dan badan, cuci dan toskan
2. Msukkan 3/4 beras pulut kedalam badan sotong
3. Masukkan kepala sotong dan cucukkan lidi.4. Ulang langkah 2-3 hingga habis.
5. Masukkan semua sotong kedalam adunan Bahan B (dalam periuk)
6. Rebus sehingga masak (hampir kering)
7. Hidangkan bersama sos cili.

Sebelum direbus
Semasa merebus

Sedia untuk dimakan

~ SELAMAT MENCUBA SEMUA KAWAN-KAWAN ~