Khamis, 18 Ogos 2011

menu2 "sahur & berbuka" special! *propa*


heheheee... guys. sorry lama tk update bab2 masak ni. aku tk masuk dapur dh hampir 5bulan. jgn ditanya kenapa. ekekkeee... ok sempena bulan ramadhan yg mulia ni, aku pulak tk leh puasa. maka menu utk bersahur & berbuka special utk wanita dlm pantang adalah seperti dibawah ok.

nasi daun lemuni & nasi daun inai.
1) cara membuatnya sama, cuma tukar daun saja iaitu inai or lemuni.
2) sukat beras dan cuci bersih.
3) daun inai or daun lemuni dicuci, dimesin halus dgn air sukatan utk memasak beras tadi (i.e beras 1 cawan, air guna 2 cawan)
4) hiris halia, bawang putih, bawang merah, serai dan simpulkan daun pandan, masukkan dalam beras yg sudah dicuci tadi.
5) tuangkan kisaran daun inai / daun lemuni tadi ke dalam periuk berisi beras dan awas2nya.
6) letak garam sedikit, kemudian tanak nasi seperti biasa.
p/s no santan2 ok!
.

beras bersama awas2nya & kisaran daun

nasi daun inai
.
nasi daun lemuni
.
kerabu pegaga & kerabu daun cemumaq.
7) cuci daun bersih2, hiris nipis2.
8) cili merah, bawang besar, halia, serai dimesin halus.
9) campurkan daun dan bahan kisaran, gaulkan dgn air asam jawa. garam secukup rasa.
p/s nak campur kedua-dua daun pun ok jugak. or boleh buat satu jenis sahaja.
.

kerabu pegaga & kerabu cemumaq
.
sambal ikan kering talang
10) ikan kering talang digoreng terlebih dahulu.
11) sediakan sambal menggunakan cili merah atau cili kering yg sudah ditumis bersama bawang2, halia dan serai.
p/s jgn makan sambal byk2. sekadar cuit2 utk perisa sahaja. kalau luka dalaman pedih, saya tkmo bertanggungjawab tau. :D


Sabtu, 13 Ogos 2011

BAULU KEMBOJA

Baulu Kemboja resepi Intan Shafinaz

(abaikan rupa yg tidak menarik - hehehehe)

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung
2 cawan santan @ susu segar
1 cawan air pandan + pewarna hijau
3 biji telur
secubit garam
Bijan utk hiasan

CARA-CARA
1. Panaskan over terlebih dahulu.
2. Semua bahan-bahan tadi diblend hingga sebati.
3. Taburkan bijan dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
(cucukkan baulu kemboja ini dgn lidi utk pastikan adunan ini benar-benar masak)


Ahad, 7 Ogos 2011

Agaq2 Kering by SHIERA

** Aku lupa user name and passwords untuk account asmarians...so aku tak leh nak add shiera, che emm ngan kirah...apa yang aku mampu tolong post guna account blog aku...**
 
So aku try buat agaq2 kering utk raya ni. Bahan2 aku amek kat blog jurnal resepi bdria. ni aku letakkan kalau korang nak try:-
 

Bahan-bahannya:-
  • 60gm agar-agar bertali 
  • 1300ml air
  • 150gm gula batu
  • 1200gm gula pasir
  • pewarna makanan pilihan anda 
Cara-caranya:-
  1. Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya. 
  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.
  3. Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata
  4. Masak sehingga gula batu hancur. Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.
  5. Angkat dan bahagiakan mengikut warna pilihan anda Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk2 yang menarik.
  6. Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.

Kek Coklat Belemoih


Nih aku buat setelah sekian lama aku tak buat...
alhamdulillah..menjadi lagi hasil air tangan aku..
cuma kali nih aku cuba yang kukus..since oven umah abah aku rosak...
so ini resepi kek coklat termudah..sambil2 pun boleh buat...sebab aku guna blender 100%...

Resepi A : untuk diayak..
2 cawan tepung gandum, 1 cawan serbuk koko..soda bikarbonat ngan baking powder (aku buh satu sudu kecik ja) semua ni ayak dan gaulkan sekali masuk dalam mangkuk adunan...

Bahan B : untuk di blend
blend telur 4 biji sampai creamy...campuq ngan 2 cawan gula halus..lepas tu masukkan minyak jagung 1 cawan, susu ideal milk 1 cawan, susu pekat stgh cawan.blend semua sekali...sampai betul2 creamy..

Then masukkan adunan tu sikit demi sikit dalam adunan A...kacau sampai sebati...lepas tu tambah ngan ayaq panas lebih kurang satu cawan stgh...kacau lagi sampai sebati..masukkan dalam periuk kukus..then kukus...aku kukus semalam dalam 40 minit...dah masak elok dah..pandai2 ahh agak naa :)

Untuk topping plak aku guna cooking choclate, masukkan dalam periuk (masak secara double boiler), buh butter dalam dua sudu besaq, pastu aku campuq susu pekat satu cawan....masak sampai likat2....tuang atas kek n hias sesuka hati...memang sangat senang....
Selamat mencuba....