Ahad, 7 Ogos 2011

Agaq2 Kering by SHIERA

** Aku lupa user name and passwords untuk account asmarians...so aku tak leh nak add shiera, che emm ngan kirah...apa yang aku mampu tolong post guna account blog aku...**
 
So aku try buat agaq2 kering utk raya ni. Bahan2 aku amek kat blog jurnal resepi bdria. ni aku letakkan kalau korang nak try:-
 

Bahan-bahannya:-
  • 60gm agar-agar bertali 
  • 1300ml air
  • 150gm gula batu
  • 1200gm gula pasir
  • pewarna makanan pilihan anda 
Cara-caranya:-
  1. Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya. 
  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.
  3. Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata
  4. Masak sehingga gula batu hancur. Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.
  5. Angkat dan bahagiakan mengikut warna pilihan anda Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk2 yang menarik.
  6. Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan