Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan

Khamis, 18 Ogos 2011

menu2 "sahur & berbuka" special! *propa*


heheheee... guys. sorry lama tk update bab2 masak ni. aku tk masuk dapur dh hampir 5bulan. jgn ditanya kenapa. ekekkeee... ok sempena bulan ramadhan yg mulia ni, aku pulak tk leh puasa. maka menu utk bersahur & berbuka special utk wanita dlm pantang adalah seperti dibawah ok.

nasi daun lemuni & nasi daun inai.
1) cara membuatnya sama, cuma tukar daun saja iaitu inai or lemuni.
2) sukat beras dan cuci bersih.
3) daun inai or daun lemuni dicuci, dimesin halus dgn air sukatan utk memasak beras tadi (i.e beras 1 cawan, air guna 2 cawan)
4) hiris halia, bawang putih, bawang merah, serai dan simpulkan daun pandan, masukkan dalam beras yg sudah dicuci tadi.
5) tuangkan kisaran daun inai / daun lemuni tadi ke dalam periuk berisi beras dan awas2nya.
6) letak garam sedikit, kemudian tanak nasi seperti biasa.
p/s no santan2 ok!
.

beras bersama awas2nya & kisaran daun

nasi daun inai
.
nasi daun lemuni
.
kerabu pegaga & kerabu daun cemumaq.
7) cuci daun bersih2, hiris nipis2.
8) cili merah, bawang besar, halia, serai dimesin halus.
9) campurkan daun dan bahan kisaran, gaulkan dgn air asam jawa. garam secukup rasa.
p/s nak campur kedua-dua daun pun ok jugak. or boleh buat satu jenis sahaja.
.

kerabu pegaga & kerabu cemumaq
.
sambal ikan kering talang
10) ikan kering talang digoreng terlebih dahulu.
11) sediakan sambal menggunakan cili merah atau cili kering yg sudah ditumis bersama bawang2, halia dan serai.
p/s jgn makan sambal byk2. sekadar cuit2 utk perisa sahaja. kalau luka dalaman pedih, saya tkmo bertanggungjawab tau. :D


Isnin, 13 September 2010

Nasi Daging Simple

Seperti yg dijanjikan in my blog That's About It, ni ler resepi nasi daging secara manual...very simple but mmmmmmmmmmmuahhhh yummy nyer (puji diri sendiri)...hehehe

5 cawan beras Basmati dibasuh dan ditos (boleh jugak guna beras lain)
1/2 kilo daging, kalau ada sikit bahagian ribs and berlemak lg ok (kalau tak kisah kolestrol)
2-3 sudu besar minyak sapi, if not butter pun ok, marjerin kurang best but kalau jaga kolestrol ok la guna

1/4 tin tomato sup
1 bunjut sup
1 batang serai


Bahan A
1/2 peket rempah kurma (brand ikut suka hati)

Sebatang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 buah pelaga

Bahan B
Sebiji bawang besar saiz sederhana, 3-5 ulas bawang putih (agak2 jumlah ulas tu sama byk dgn bawang besar), seinci halia...semua dikisar

1. Rebus daging dlm pressure cooker bersama2 rempah kurma dan bunjut sup sampai lembut and set aside
2. Gunakan periuk rice cooker utk memasak, panaskan minyak sapi/butter bersama2 bahan B hingga wangi kemudian masukkan serai bersama2 bahan A, kacau lagi hingga naik bau
3. Masukkan beras, gaulkan hingga rata rempahnya kemudian cedok air rebusan daging ikut sukatan beras dan cara memasak beras tersebut. Gaulkan rata dan taburkan sedikit garam ikut rasa. Masukkan tomato sup dan sebahagian dari daging rebus ikut banyak mana nak letak, gaul rata kemudian angkat periuk untuk diubah ke rice cooker
4. Masak nasi seperti biasa tapi buka sekali sekala utk gaul rata
5. Serve with lebihan daging rebus tadi dengan air asam dan dalca..YUMMY!

Senang kan?