Khamis, 18 Ogos 2011

menu2 "sahur & berbuka" special! *propa*


heheheee... guys. sorry lama tk update bab2 masak ni. aku tk masuk dapur dh hampir 5bulan. jgn ditanya kenapa. ekekkeee... ok sempena bulan ramadhan yg mulia ni, aku pulak tk leh puasa. maka menu utk bersahur & berbuka special utk wanita dlm pantang adalah seperti dibawah ok.

nasi daun lemuni & nasi daun inai.
1) cara membuatnya sama, cuma tukar daun saja iaitu inai or lemuni.
2) sukat beras dan cuci bersih.
3) daun inai or daun lemuni dicuci, dimesin halus dgn air sukatan utk memasak beras tadi (i.e beras 1 cawan, air guna 2 cawan)
4) hiris halia, bawang putih, bawang merah, serai dan simpulkan daun pandan, masukkan dalam beras yg sudah dicuci tadi.
5) tuangkan kisaran daun inai / daun lemuni tadi ke dalam periuk berisi beras dan awas2nya.
6) letak garam sedikit, kemudian tanak nasi seperti biasa.
p/s no santan2 ok!
.

beras bersama awas2nya & kisaran daun

nasi daun inai
.
nasi daun lemuni
.
kerabu pegaga & kerabu daun cemumaq.
7) cuci daun bersih2, hiris nipis2.
8) cili merah, bawang besar, halia, serai dimesin halus.
9) campurkan daun dan bahan kisaran, gaulkan dgn air asam jawa. garam secukup rasa.
p/s nak campur kedua-dua daun pun ok jugak. or boleh buat satu jenis sahaja.
.

kerabu pegaga & kerabu cemumaq
.
sambal ikan kering talang
10) ikan kering talang digoreng terlebih dahulu.
11) sediakan sambal menggunakan cili merah atau cili kering yg sudah ditumis bersama bawang2, halia dan serai.
p/s jgn makan sambal byk2. sekadar cuit2 utk perisa sahaja. kalau luka dalaman pedih, saya tkmo bertanggungjawab tau. :D


2 ulasan:

  1. menu aku pegaga ja...cemumaq tu ku tak penah try..boleh cuba kalau pantang lepas2 ni...hahahahah

    BalasPadam
  2. sila sula. sedap! tp jgn ditanya cemana daun tu. aku tk tau. tanya pada penjuainya saja ok :D

    BalasPadam