Ahad, 22 Ogos 2010

Siakap Steam

Hari ni nak tulis resepi salah satu menu buka puasa saya petang semalam iaitu ikan siakap steam. Walaupun tak sesedap di kedai-kedai makan tapi masak sendiri lebih menyihatkan sebab tak letak ajinomoto.





Bahan-bahan:

~ Seekor ikan siakap (dibuang sisik dan dicuci sebersih-bersihnya)
~ Halia sebesar 1 or 1.5 cm (dihiris nipis2, kalau terlebih banyak nanti ikan rasa pahit)
~ Sebatang serai (diketuk)
~ Bawang putih (dihiris)
~ Bawang besar (dihiris)
~ Sayuran: carrot, bunga kobis, tomato (Untuk sayur-sayuran ni ikut citarasa sendiri rasa nak letak apa)
~ Sedikit bancuhan tepung jagung
~ Perahan limau (kalau dikedai diaorang guna jeruk limau)
~ 5-6 titik cuka (optional)
~ Sos tiram (optional)
~ Hirisan daun bawang dan daun sup untuk hiasan dan aroma


Cara memasak:

1. Ikan yang telah dibersihkan diletakkan ke dalam bekas untuk disteamkan.
2. Tabur hirisan2 sayuran(kecuali tomato) di atas dan keling ikan, halia dan juga serai.
3. Tabur sedikit lada sulah. Kalau yang suka rasa lebih pedas boleh aja letak cili padi.
4. Taburkan juga garam. Kalau nak lagi lebih rasa lumur pada ikan.
5. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung*
6. Masukkan perahan limau (Ikut citarasa suka lebih masam atau tidak)
6. Titikkan 5-6 titik cuka dan sedikit sos tiram (optional)
7. Kukus sampai ikan masak (dlm 20-30 min bergantung pada saiz ikan)
8. Bila ikan dah masak cepat2 letak tomato, taburkan hiasan daun bawang, daun sup dan tutup kembali tudung steamer. Makanan sedia dihidangkan bila masuk waktu azan.


* Kalau cuma menggunakan fish fillet saya lebih suka guna minyak bijan instead of tepung jagung. Macam kat Chinese Restaurant lak rasa eh...

2 ulasan:

  1. wah.... aku suka mkn yg nih....
    mmm resepi kita lbh krg sama... :)

    BalasPadam
  2. aku pun baru buat ja ikan steam ni last week...weekend ni nak try resepi hang pulak...blum pernah letak tepung jagung lagi nih...

    BalasPadam