Rabu, 23 Mac 2011

Curry mee


Kebetulan baru masak mee ni time celebrate birthday.. so blh la share2 resepi dgn kawan2...
Bahan-bahan Kering
Mee kuning ~ Fish Ball & Fish Cake ~ Tauhu Kering ~ Daun bawang, cili merah (hiasan) ~ Taugeh ~ kacang panjang
Bahan-bahan Kuah
2 bungkus rempah kari + 2 labu bawang besar + 3 ulas bawang putih ~ dimesin
4 Serangkai utk menumis ~ bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga
Ayam dipotong kecil (kuantiti ikut citarasa)
Kerang direbus (kuantiti ikut suka)
Segenggam ikan bilis + 5 batang serai ~ dimesin dan ditapis airnya
Santan
Asam keping + garam + minyak masak
Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis 4 serangkai hingga wangi.
2. Masukkan rempah yang telah dimesin td. kacau hingga sebati & tambah air. Biarkan seketika.
3. Masukkan ayam dan kerang biarkan seketika hingga naik minyak.
4. Masukkan air tapisan serai & ikan bilis td. kemudian masukkan santan. Masukkan tauhu kering yang dipotong 4.
5. Tambahkan 2 keping asam keping serta garam mengikut citasa sendiri.
6. Biarkan sehingga mendidih.
Kemudian sediakan mee pula....
7. Celurkan mee dan toskan.
8. Potong kecil2 fish cake, fish ball dan celurkan serta tos.
9. Taugeh & kacang dicelur....
10. Boleh dihidangkan selepas itu.......
~ SELAMAT MENCUBA ~

Khamis, 24 Februari 2011

Kue cara de' pizza

saya nak makan kueh cara berlauk. tapi sy tadak loyang bunga2. so sy transform kepada bentuk yg mudah disediakan. rasa sama, tp sila pejam mata bila nk makan supaya boleh bayangkan rupanya yg berlekuk2 lonjong gitu. kekekekeke....
.

.
sediakan bahan2 utk inti dulu :
1) 100grm daging cincang
2) bawang besar, kentang dipotong dadu
3) 1sudu besar rempah kari daging utk menumis
4) daun sup dan cili merah dihiris halus
.
cara : tumis bahan 1, 2 & 3 sampai naik bau, perlahan api, biarkan sehingga ubi kentang empuk dan inti menjadi hampir kering. oppss! garam kasi taruk skit yerrrr....
masukkan bahan 4 kacau biar sebati dan letak ditepi yer.
.
sediakan badan "kue cara" :
tepung gandum, sebiji telur
gaulkan tepung gandum bersama sedikit kunyit sebagai pewarna, dan daun pandan sebagai penaik bau. letak garam secukup rasa. sediakan adunan tepung seperti nak buat lempeng (tak pekat, tak cair)
masukkan sebiji telur dan gaul sehingga sebati.
.
.
ratakan bancuhan tepung di dalam pinggang kaca, taburkan inti yg telah digoreng tadi di atas adunan tepung. bakar dlm microwave selama 15mins...
.

tadaaaaaaaaaaaaaaa..... SIAP!. bleh mamam. bismillah yer. ;)

Jumaat, 7 Januari 2011

Cheese Scrambled Egg


Ni saja2 takde keje...aku rasa semua tau buat scrambled egg ni kan since ni salah satu benda kita blajaq dlm kelas KH kat SAS dulu...hihihi...but aku modify sket...skettt jer...So here goes...Ni resepi utk 4 org, but kalau nak buat utk sorg, 1 biji telur bersamaan 2 sudu besar susu ok?

4 biji telur saiz A (lg besar lg best kan?)
8 sudu besar susu (kalau guna susu sejat pun best)
1-2 keping cheese or boleh guna grated cheese, tak kisah jenis apa - parmesan ka, mozarella ka, cheddar ka
Garam, pepper dan parsley kering (boleh beli dlm botol kat bhgn rempah kat supermarket)
Butter dlm 1 sudu besar utk masak

Pukul telur dgn susu sampai rata then masukkan garam, pepper dgn parsley secukup rasa then pukul lagi kasi rata. Cairkan butter dlm pan then masukkan telur. Keep on kacau telur tu sampai separuh masak, masukkan cheese...kalau yg jenis keping tu koyak kecik2 then tabur. Gaul telur tadi sampai tahap masak yg disukai...certain suka mcm lembik2, certain suka fully cooked kan? Boleh jugak masak campur sosej yg dipotong2 kiub kecik but kena goreng sosej dulu baru masukkan telur. Jugak boleh masukkan button mushroom yg dipotong2 kiub kecik, jugak digoreng dgn butter before masukkan telur.

Selamat makan breakfast!

Ahad, 12 Disember 2010

Roti Puri


roti puri...simple jer...
by Intan Shafinaz on Tuesday, June 16, 2009 at 7:44pm
Bahan-bahan ( dapat ler dlm 20 biji )

* 4 cawan tepung gandum
* 5 s/b marjerin atau kalau suka bole campur dgn minyak sapi(3s/b marjerin +2s/b minyak sapi)
* 1 s/b susu manis (tak letak pun ok)
* 11/2 s/k baking powder
* 1 s/k garam
* Air secukupnya

Cara-cara

1. Satukan tepung dgn baking powder dan garam
2. Masukkan marjerin gaulkan sehingga sekata..
3. Masukkan susu yg dicampur sedikit air..kemudian masukkan air sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yg tak melekat di jari.
4. bahagikan doh kecil-kecil sebesar 50 sen..akhir sekali canaikan doh..jgn terlalu tebal atau nipis...kemudian goreng..

intan buat half jer adunan ni jenoh makan kalau wat sampai 50 bijik....3 keping pun dah belahak!

on behalf of intan spinut...minah ni mmg terror masak n sedap...sila serbu umah dia

Jumaat, 10 Disember 2010

Spagetti Rajin & Malas

 Ok, ari ni turn aku share resepi plak...and actually ni fav food Nisa, dia bleh mkn benda ni hari2...heran sungguh!

Anyway, kita start dgn resepi MALAS dulu...
So bg chef2 kita yg tak cukup masa (alasan tu aku coppp dulu), the easiest way is dgn beli menda alah ni...
Ada mcm2 perasa, kalau betui malas..eh silap! Tak cukup masa...bleh beli yg perisa/perasa (aku sampai skrg konpius vocab ni) Tomato, Selasih & Bawang Putih or dlm ayat orreng pootehhh (kena slang sikit) is Tomato, Basil & Garlic. Haaaaa...yg ni cukup segala perasa but still aku slalu akan tambah lg herbs satgi...

So resepi permulaan:
  • 1 tin spagetti sauce (jugak bleh beli yg peket or jar kaca but this resepi not for carbonara atau apa2 yg creamy)
  • 300g mince beef/chicken or 1 tin tuna flake (nisbah ni utk agak2 1 tin spagetti sauce, so kalau buat sikit kurangkan daging, or vice versa)
  • Herbs either yg kering dlm botol or yg fresh - Oregano, Thyme, Rosemary, Black Pepper secukup rasa
  • 1 sudu besar olive oil
  • 1 botol grated parmesan cheese or boleh grate sendiri kalau ada masa
  • 1 botol Tabasco (kalau suka spicy sket)
First, panaskan olive oil then masukkan beef/chicken. Kalau guna tuna takyah pakai olive oil dah sbb tuna tin ni slalu dah ada minyak. Nisa lg suka pakai tuna dr daging/ayam ni. Gaul sampai daging/ayam nak masak (kalau tuna takyah masak lama2 sbb mmg dah masak), then masukkan sauce. Actually kalau suka isi byk bleh boh byk la daging/ayam or tuna ni. Gaul lagi sampai mendidih, masukkan herbs dlm 2-3 dash jer, jgn byk satgi rasa pelik. Gaul and then biar mendidih lg, tutup api. Time nak makan tabur parmesan cheese and sket tabasco kalau nak try.

Ok, kalau resepi org yg ada masa lebih lak...
  • Sekotak baby tomato or 4 biji tomato biasa (boleh blend or just potong dadu)
  • 300g mince beef/chicken or 1 tin tuna flake
  • Kalau buat daging/ayam, boleh add extra meatball/chicken ball
  • Kalau buat tuna, boleh add udang yg kulit separuh kupas, mussels, sotong dipotong ring, scallop, isi kepah
  • Herbs either yg kering dlm botol or yg fresh but advisable fresh - Oregano, Thyme, Rosemary, Black Pepper secukup rasa
  • 1 sudu besar olive oil
  • 1 botol grated parmesan cheese or boleh grate sendiri kalau ada masa
  • 1 botol Tabasco (kalau suka spicy sket)
As usual, panaskan olive oil then masukkan daging/ayam + meatball or tuna+seafood. Then keluarkan balik benda2 tadi, tinggalkan minyak+air pati dr masakan tadi, goreng tomato sampai mendidih (masukkan air sikit kalau nampak kering or terlalu pekat) then masukkan herbs, kacau dulu. Once sebati, masukkan balik  benda2 digoreng tadi, gaul semua kasi sama rata, biar kejap. Lastly hidang with cheese and Tabasco again :)

Utk masak spagetti, diingatkan utk dididhkan air tu dulu, dah membuak2 dah pastu baru masukkan spagetti, ikut timing brapa lama nak masak as tertulis kat packaging, usually ikut jenis spagetti, between 7-13 minutes. Kalau takmau pakai spagetti bleh pakai apa2 jenis pasta mcm macaroni ka. Takmau spagetti kering melekit, gaul dgn olive oil sket lepas tos tu.

Khamis, 9 Disember 2010

petua hari ini :p


laksa kat atas tu laksa mak aku buat...yang aku masak hari ni dah sold out :)
  • Kalau masak kuah laksa masin...jangan letak gula nanti laksa jadi manis. Seeloknya blend bawang dan tumis sedikit sebelom dimasukkan ke dalam kuah laksa tadi. Tambah sedikit air. Lebih berkesan sekiranya ditambah lagi dengan isi ikan - azna bakri
  • Kalau masak kari masin boleh letak kentang - rashiq noh(tak dak kena mengena dengan laksa...haih...)
  • Kalau petua aku pulak...kalau ada sardin ambil isi sardin(jangan ambil dengan kuahnya sekali) blend dan masukkan ke dalam kuah laksa. Tambah sedikit air. Kuah bertambah dan rasanya wallahh...marvelous :)
Selamat mencuba puan-puan.....

p/s : dah macam chef wan pulak rasa :p