Rabu, 25 Ogos 2010

kerapu cili bergosip.

vavavava.... glam kan nama dia! hahahahaa, bukan apa... time aku tengah masak ikan ni sempat bergayut tepon ngan mama aku and bergosip pasal seseorang, tup tup ja dah siap. terer seh!! :P
ok, senang jer masak ikan nih. korang sume pandai2 masak kan... so lihat details seperti di bawah okeh.

bahan2 :

* ikan kerapu saiz sederhana
* cili kering dimesin halus
* halia dirincik halus
* bawang putih dihiris halus
* bawang besar dipotong dadu
* serai dihiris nipis
* air asam jawa, garam, gula secukup rasa
* daun sup sbg hiasan
*kalo korang nak mesin sume sekali pun ok gak, tp aku prefer ada crunchy2 skit bila makan sambal dia sbb tu potong2 halus lagi best... rajin la konon! :)

cara2 :

* memula lepas siang and cuci ikan, goreng garing... deep fried lagi bagus!
* tumis cili mesin, halia, bawang2 and serai sampai naik aroma wangi... pergh! tak tahan....
* agak2 nak garing masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
* biar cili masak beberapa ketika utk elak sakit perut yer!
* siap!! curah ke atas ikan, taburkan daun sup sikit kasi vogue pada kaler merah cili itu! dan dihidangkan dgn nasi panas serta lauk2 lain yg bersesuaian seperti di bawah.


sedap wehhh! aku regukan dgn kacang buncis + carrot goreng sos tiram, ayam goreng bodo :), ulam daun salom, terung bakar cicah sambal belacan. terangkat!
tempoh siap semua menu ini 1jam 10minit. pheeww!! selamat mencuba yaaaa...


Ahad, 22 Ogos 2010

Siakap Steam

Hari ni nak tulis resepi salah satu menu buka puasa saya petang semalam iaitu ikan siakap steam. Walaupun tak sesedap di kedai-kedai makan tapi masak sendiri lebih menyihatkan sebab tak letak ajinomoto.





Bahan-bahan:

~ Seekor ikan siakap (dibuang sisik dan dicuci sebersih-bersihnya)
~ Halia sebesar 1 or 1.5 cm (dihiris nipis2, kalau terlebih banyak nanti ikan rasa pahit)
~ Sebatang serai (diketuk)
~ Bawang putih (dihiris)
~ Bawang besar (dihiris)
~ Sayuran: carrot, bunga kobis, tomato (Untuk sayur-sayuran ni ikut citarasa sendiri rasa nak letak apa)
~ Sedikit bancuhan tepung jagung
~ Perahan limau (kalau dikedai diaorang guna jeruk limau)
~ 5-6 titik cuka (optional)
~ Sos tiram (optional)
~ Hirisan daun bawang dan daun sup untuk hiasan dan aroma


Cara memasak:

1. Ikan yang telah dibersihkan diletakkan ke dalam bekas untuk disteamkan.
2. Tabur hirisan2 sayuran(kecuali tomato) di atas dan keling ikan, halia dan juga serai.
3. Tabur sedikit lada sulah. Kalau yang suka rasa lebih pedas boleh aja letak cili padi.
4. Taburkan juga garam. Kalau nak lagi lebih rasa lumur pada ikan.
5. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung*
6. Masukkan perahan limau (Ikut citarasa suka lebih masam atau tidak)
6. Titikkan 5-6 titik cuka dan sedikit sos tiram (optional)
7. Kukus sampai ikan masak (dlm 20-30 min bergantung pada saiz ikan)
8. Bila ikan dah masak cepat2 letak tomato, taburkan hiasan daun bawang, daun sup dan tutup kembali tudung steamer. Makanan sedia dihidangkan bila masuk waktu azan.


* Kalau cuma menggunakan fish fillet saya lebih suka guna minyak bijan instead of tepung jagung. Macam kat Chinese Restaurant lak rasa eh...

Sabtu, 21 Ogos 2010

Gulai Lengkuas

Resepi gulai lengkuas ni sama ja kaedah memasak masak lemak cili padi, x perlu menumis. Kalau ikut istilah Kedah orang kata "jerang naik." Resepi ni terkenal di Kelantan dan saya suka masak gulai ni sementelah bapak kitew adalah orang Kelate! Ok, bahan-bahan yang tertera di bawah adalah untuk 2 orang makan sahaja iaitu saya dan hubby. -_-





Bahan-bahan:

2-3 ketul isi ikan tongkol (In my case I guna isi ikan tenggiri sbb kurang gemar ikan tongkol tapi orang Kelantan memang selalu guna ikan tongkol)
2 ulas bawang merah
2-3 sudu cili mesin
2.5 cm lengkuas
Santan (kuantiti ikut la agak2 nak makan berapa orang)
Garam secukup rasa
1-2 keping asam keping
Sedikit kunyit untuk mencantikkan warna gulai (Lagi best kalau guna kunyit hidup yang ditumbuk)


Cara Memasak:

1) Tumbuk bawang merah dan lengkuas sampai lumat. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan cili mesin ke dalam santan dan masak dengan api yang sederhana. Oh...kunyit dan asam keping jangan lupa ya.

2) Sentiasa kacau santan agar tidak pecah minyak.

3) Bila santan dah mendidih masukkan isi ikan.

4) Kemudian masukkan garam.

5) Agak2 dah masak, tutup api. Ok siap.


Gulai lengkuas ni biasanya family saya makan dengan nasi dagang...perghhh sedapnya nasi dagang. Selamat mencuba ya Asmarians!

Rabu, 18 Ogos 2010

Nasi minyak hujan panas sempoi


Ini menu berbuka hari isnin lepas...nasi minyak version simple dan malas dan nak cepat. Partnerkan dengan kurma daging dgn kentang dan carrot...(lauk2 lain tak sempat masak pasal ziya dah nangis..ehehe). Ini resepi nasi aje yea...kurma masak mcm biasalah :)

Bahan-bahannya:
1. 2 cawan beras basmathi (saya pakai beras sunwhite jer..ni je yg ada kat rumah)
2. 3 cawan air (pandai-pandai adjust air ikut beras masing2 la ek)
3. 1/2 biji bawang besar dihiris
4. 2 ulas bwg putih dihiris
5. 1/2 inchi halia di hiris
6. Kulit kayu manis
7. Bunga cengkih
8. Bunga lawang
9. Buah pelaga
10. 1 kiub ayam
11. Daun pandan
12. 1 sudu minyak sayuran, 1 sudu minyak sapi
12. Pewarna merah, kuning, hijau (saya pakai kuning n hijau jer, merah takde stok)

Cara-caranya:
1. Basuh beras mcm biasa. Masukkan air dan rendam selama 10 minit (saya rendam dlm rice cooker siap2)
2. Sambil tu, panaskan minyak sayur dan minyak sapi. Tumis rempah tumis.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng sampai naik bau.
4. Masukkan tumisan kedalam beras dan kacau bagi sebati
5. Masukkan daun pandan
6. Masukkan kiub ayam (saya pecah2kan dulu bagi jadi serbuk)
7. Masak nasi macam biasa
8. Bila nasi dah kering, titikkan pewarna di tempat2 berlainan
9. Bila nasi dah masak, gembur2kan nasi utk dapat nasi kaler2 :)

Selasa, 17 Ogos 2010

Nasi goreng Chap Chap Choi..........

Jom tgk resepi saya untuk menu berbuka hari ke-7

Nasi Goreng Chap Chap Choi
(nasi goreng seorang isteri yang malas nak masak)
just menggunakan apa yang ada dalam fridge je...

Bahan-bahannya :
  1. Nasi of coz lah kann
  2. Ikan bilis (digoreng sehingga garing dan asingkan)
  3. Telur (buat scramble dan asingkan juga)
  4. Carrot (dipotong dedadu)
  5. kacang buncis (dipotong menyerong small size)
  6. daun bawang (dipotong sedang2)

Bahan Tumisan :

  1. bawang besar
  2. bawang Merah
  3. bawang putih
  4. belacan sedikit
  5. cili api (suka pedas kalu letak banyak2)
  6. Cili mesin (2 sudu)...
  7. Kicap manis
  8. gula dan garam secukup rasa

Bahan 1-5 ditumbuk dan gaulkan sekali ngan bahan 6...kemudian tumiskan dalam kuali dengan kuantiti minyak yang sedikit sudaaaa....lepas bahan tumisan dan masak dan pecah minyak..masukkan carrot dan kacang buncis kacau sampai masak....masukkan sedikit kicap gula dan garam..kacau rata...kemudian masukkan nasi yang telah direlaikan...kacau bagi sebati dengan bahan2 tumisan..agak2 dah sebati masukkan ikan bilis goreng telur goreng dan kacau rata...last sekali masukkan daun bawang....sedia untuk dihidangkan...10 minit je u'ols....

SELAMAT MENCUBA

Isnin, 16 Ogos 2010

Sosej Bun

Resepi yang diambil dr Chef Hanielieza..... saya suka bun ni... mmg sedap.. anak2 pun suka.. kos x mahai.... 1 adunan blh dpt dalam 15 biji lebih la.... pics di atas ialah lebihan doh disebabkan x cukupnya sosej.... so saya bulat2kan dan bakar....jd lah bun kosong... :)

Bahan A
500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
70 gm gula
1 paket ibu roti [11 gm]
1 s/k pelembut roti [optional]
1 biji telur
1/2 s/k garam

Bahan B

250 ml air
80 gm majerin

Bahan C

sosej
bijan
kuning telur
majerin

Cara
1. Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A.
2. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.

3. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [ anggaran 10 minit].
4. Bahagikan adunan pada 60 gm setiap dan buatkan bulat2. Ketepikan.
5. Ambil 1 doh dan gelek supaya menjadi panjang (macam kopok lekor) dan lilitkan dikeliling sosej
6. Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.
7. Sapukan dengan kuning telur dan taburkan sedikit bijan.

8. Bakar dalam suhu 200'C selama 20 -25 minit atau sehingga kuning keemasan.
9. Keluarkan dan sapukan majerin untuk kelihatan berkilat dan menarik.

10. Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak.


~ S E L A M A T M E N C U B A ~

Ahad, 15 Ogos 2010

Kerabu Kaki Ayam

Atas request kengkawan..aku masukkan resepi nih..
simple je....tapi sorry gambaq takde...memang sekali hadap je habis...

Bahan2 : kaki ayam (direbus sampai lembut dan dibuang tulang kasar)..
lepas tu hiris kasar2..jgn halus2 tak sedap nanti...masa rebus letak ahh garam sikit..

Bahan kerabu : bawang merah (dimayang halus)
bunga kantan (dimayang halus)
serai (dihiris nipis2)
cili padi (potong ikut kesukaan jgn halus sangat ahhh)..
sos ikan
sos tiram sket je...
perahan air limau nipis...
daun rempah...

cara membuatnya...

masukkan semua bahan kerabu..gaul sekali ngan kaki ayam..lepas tu tambah gula dan garam ikut sesedap rasa...masuk dalam fridge...bila sejuk2 sket baru sedap....

Selamat mencuba....