Sori la geng kalau korang boring dgn menu western, tapi mcm aku kata, aku tak reti sgt msk melayu..hehehe *blush blush* And masakan yg aku share usually yg anak aku suka makan...this is another one, termat simple bagi para ibu yg malas, boleh beli whipped potato KFC tanpa gravy yg saiz large tu dlm 2-3 kotak, ikut saiz mangkuk korang nak buat la, sbb topping pie ni ada potato. Kalau rajin buat sendiri, either beli yg segera jual dlm kotak balik umah bancuh tu, or else beli kentang mai sini aku share resepi...hehehe
Base kat dalam:
250g daging/ayam cincang
1/2 tin kacang peas atau 1 cawan mixed veggies
1/2 tin cendawan butang
Ada 2 base sos, ikut taste korang nak black pepper or tomato. My family lg prefer tomato-based (kami Italiano...muahahha). Kalau nak buat tomato-based, ikut cara masak spagetti bolognese jer. Kalau black pepper, ikut cara di bawah:
Ready bahan:
2 ulas bawang putih dimayang
1/2 biji bawang besar dimayang
2 sudu besar sos tiram
2 sus besar sos lada hitam
Sedikit minyak zaitun
1/2 kiub pati lembu/ayam (optional)
Sedikit garam secukup rasa
1. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang2, kemudian goreng daging/ayam hingga agak masak, pastikan hancur tidak berketul2 sebelum dimasukkan sos2
2. Masukkan sayuran dan kiub pati lembu/ayam, kemudian gaul hingga semua rata dan masak
3. Masukkan dalam mangkuk casserole dan set aside
Topping potato:
5-6 biji potato russet dibasuh dan direbus dengan kulit
Sedikit susu sejat, boleh juga guna fresh milk atau susu UHT
Garam dan pepper secukup rasa
1 sudu teh serbuk parsley (optional)
Mozarella cheese atau apa2 cheese utk tabur atas
1. Selepas kentang masak, kupas dan masukkan dlm blender atau food processor bersama2 sedikit susu, garam, pepper dan serbuk parsley
2. Mesin semuanya hingga siap, rupanya patut macam whipped potato KFC, jgn cair sgt
3. Cedok dan ratakan atas base tadi. Kalau nak cantik, lepas ratakan boleh guna garfu dan scratch kasi bergaris2 *grin* Tabur cheese ikut suka hati, suka banyak letak banyak, suka sikit letak sikit
4. Bakar dalam 20 minit dengan api sederhana, tapi kalau jenis oven kuat, nampak cheese bertukar brown cepat2 angkat sebab takut hangus cheese. If not, bakar dulu without cheese dlm 15 minit then baru tabur cheese dan bakar semula 10 minit lagi
sedap2...nanti aku cuba naaaa
BalasPadam