Isnin, 13 September 2010

Cream Stew

Bagi sesaper yg suka makan spagetti carbonara or makanan yg creamy, you'll be hooked to this *grin*
Masakan ni actually berasal dr Hokkaido Japan, dimakan time winter sebab panas2...macam makan sup ekor time hujan la kot...hehehe...Jugak utk menggalakkan budak2 makan sayur sbb budak2 sure suka creamy soup ni, my little girl mmg suka sgt, even my hubby yg tak suka makan anything creamy or cheesy pun addicted kat benda ni, so here goes...

3 sudu besar butter
Sedikit tepung gandum
1/2 kotak kecil whip cream
1/2 kotak fresh milk (boleh pakai low-fat if preferred)
3 sudu besar cream cheese
Garam, pepper, serbuk basil, serbuk parsley secukup rasa

2 biji besar green onion
1 batang celery (ni yg jenis besar tu, daun sup pun celery gak but dipanggil chinese celery)
2 biji kentang US jenis russet coz jenis ni lembut gebu bila dimasak
1 batang carrot
1 broccoli (sorry taktau nak panggil se-apa...sepokok?sejambak?)
1/2 tin button mushroom (potong 2)
300g fillet ayam or boneless chicken
Semua sayuran dan ayam dipotong dadu, kalau boleh sama saiz and bite-size

1. Panaskan butter dan goreng green onion hingga lembik (ambil masa jugak nak buat ni) kemudian masukkan celery, garam, serbuk rempah mentioned above, ayam, kentang dan carrot. Gaul dan goreng sehingga ayam masak dan angkat semua bahan, tinggalkan pati sayuran+ayam tadi, campurkan dalam setengah cawan air
2. Masukkan susu dan whip cream, kacau hingga agak mendidih. Kemudian masukkan tepung gandum sebagai pemekat, ikut suka nak masukkan banyak mana, ikut tahap pekat yg korang nak. Kalau korang suka stew ni betul2 creamy, masukkan ajer sekotak whip cream instead of setengah kotak *grin* Gunakan pemukul telur utk keep on kacau stew ni supaya tepung tak berketul2
3. Bila dah agak pekat (stew ni patut texture macam mushroom sup pekatnya), masukkan semula bahan yg digoreng dan diangkat tadi hingga kentang dan carrot empuk, kemudian masukkan broccoli dan mushroom. Boleh tambah sedikit garam jika perlu. Akhir sekali masukkan cream cheese dan bila dah cair dalam stew, the stew is ready to be served :)

Memang agak colorful stew ni sbb background dia putih but 'isi'nya oren (carrot), hijau (broccoli), kuning (kentang) dan sedikit brownish (ayam and mushroom). Best dimakan panas2 di waktu malam, hari hujan mmg asyiqqqq la!

2 ulasan:

  1. hang masukkan lagi banyak2 western punya menu naaa..aku suka try..tapi tak reti

    BalasPadam
  2. aku rasa aku lg byk menu western sbb lg simple dan budak2 suka...hubby aku pun kata aku lg tau msk western dr melayu...hahaha..hampessss...nnt aku masukkan lg...

    BalasPadam