Khamis, 9 Jun 2011

Blueberry Muffins

Salam...lama aku tak contribute resepi nih...Ni aku baru try buat muffins semalam, but original recipe yg aku create ada kat blog aku Busy Mama's Kitchen, recipe kat bawah ni utk standard muffin, hihihi...Bagi yg suka baking, bleh cuba, yang tak suka baking pun bleh cuba gak sbb senang jugak la benda ni, cepat ja buat, within sejam bleh makan dah, but make sure barang2 mcm butter, susu and yg sejuk2 tu dikeluarkan dr fridge awal2 sampai room temperature. Ok, enjoy!

*Notes: Gambar ni utk jenis moist-type, but resepi aku bg ni yg standard biasa

2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
*Notes, bleh terus ganti dgn 2 cawan tepung naik sendiri, takyah baking powder*

1/2 sudu teh garam
1/2 cawan butter
2 biji telur size A
1 cawan gula
1 cawan blueberry (fresh/frozen/tin)
1 cawan susu
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
Acuan muffin size medium

Pukul telur sampai kembang then letak tepi dulu. Dalam mixing bowl, putar butter dgn gula sampai fluffy, then masukkan telur. Dah bercampur elok, masukkan susu pulak. Dalam bekas lain, campurkan tepung, baking powder, serbuk kayu manis dan garam, gaul rata. Kemudian, masukkan sikit2 dalam mixing bowl, putar sampai sebati jadi satu adunan batter. Panaskan oven. Off mixer then gunakan senduk, masukkan blueberries dan gaul perlahan2, elakkan dari kasi buah tu pecah. Then masukkan adunan dalam acuan. Kalau guna jenis paper foil cups tu, masukkan 2/3 but kalau jenis tin, masukkan full pun takpa, jgn lupa grease acuan tin dulu. Bakar dalam 25-30 minit, ikut jenis oven. Masa dah 20 minit tu, kuarkan muffin tu, cucuk tengah check dah masak belum, also utk kasi bleh masak tengah jugak la tebuk lubang tu. Okeh, enjoy!